Showing posts with label aidiladha. Show all posts
Showing posts with label aidiladha. Show all posts

Saturday, November 28, 2009

MAJLIS QURBAN SURAU KUBUR KG. MOLEK DUNGUN

Majlis Qurban Surau Kubur Kg. Molek telah diadakan di markas Kg. Molek . Majlis bermula pukul 8.00 pagi . Sebanyak 8 ekor lembu telah disembelih pada hari tersebut.Tukang sembelih ialah Tuan Haji Wan Sufian Ismail, bekas Imam Masjid Tengku Intah Zaharah Dungun.
Majlis Qurban telah selesai pada kira-kira pukul 12.15 tengah hari. Di bawah ini lekatkan beberapa keping gambar sempena hari tersebut.


 
 Di antara lembu yang di qurbankan.

  
 Usaha untuk merebahkan lembu untuk disembelih.

  
 Lembu telah diikat dan bersedia untuk disembelih.

  
Tukang sembelih Haji Wan Sufian sedang menggorok leher lembu.

  
 Pisau telah diangkat. Sembelihan telah sempurna.

  
 Proses melapah kulit lembu oleh peserta qurban.

  
 Sebahagian besar lembu telah dilapah.

  
 Mneyempurnakan proses lapah.

  
 Lapah hampir selesai.

  
 Mengerat bahagian-bahagian yang perlu dikerat.

  

  
 Di antara lembu lain yang ditumbangkan.

  
 Sementara lembu dilapah dan menunggu pembahagian daging , perserta Majlis Qurban berehat.

  
 Di antara pengunjung majlis Qurban 1430 H Surau Kubur Kg. Molek Dungun Terengganu.



Friday, November 27, 2009

SOLAT AIDIL ADHA DI SURAU KUBUR KG MOLEK

8.35 solat Aidil Adha di imamkan oleh Ustaz Mustapha Husin. Khutbah dibaca oleh Ustaz Amri Hashim. Jemaah tidaklah seramai solat Aidil Fitri , tetapi hampir penuh.
Di bawah adalah beberapa keping gambar sekitar solat Aidil Adha di Surau Kubur Kg. Molek Dungun pada 27/11/2009.






 Sekian ,kali ini.

PROGRAM QURBAN SURAU USTAZ OMAR SHUKRI BT CHATAK DUNGUN

Sempena Hari Raya Qurban 1430 kira-kira 20 ekor lembu telah disembelih pada hari tersebut(27/11/2009 - Jumaat ). Program ini dianjurkan JK Surau Ustaz Omar Shukri Bt. Chatak.Tiga orang tukang sembelih telah menjalankan tugasnya dengan sempurna. Kesemua lembu tersebut telah selesai di sembelih  kira-kira jam 10.45 pagi. Program Qurban ini telahmendapat sambutan hangat daripada penduduk setempat. Beberapa keping gambar sempena majlis tersebut.


 Lembu sedang ' dikherjong ' untuk sembelih


  
 Tukang sembelih - Sdra Haji Wan Sufian Ismail

  
 Urusetia Cikgu Harun sedang memerhati sesuatu di kemah urusetia.


  
 Peserta sedang kerat tulang

  
 Proses melapah handak dimulakan.



Proses melapah kulit lembu bermula.