Showing posts with label puisi. Show all posts
Showing posts with label puisi. Show all posts

Saturday, May 15, 2010

HARI GURU 2010

setiap masa berdepan murid
mengajar dan mendidik
fikir kaedah fikir cara
mengajar supaya murid berjaya
walaupun berbagai onak dan duri di kaki
guru mesti hadapi
walaupun tidak berkaki
Mendidik dan mengajar
tetap disanubari
menusuk ke dalam hati
Menghunjam tekad
mengharap berkat.

SELAMAT HARI GURU 2010

MANUSIA YANG SERBA ..

Dalam kehidupan
pagi dan petang
siang dan malam
Ada sahaja yang tak kena
Sentiasa panas ada merungut
sentiasa hujan ada yang bersungut
Tak puas hati pada cuaca
Tak puas hati pada diri
Tak puas hati kawan
tak puas hati pada orang
dan macam macam

Kepada yang beriman
kesabaran menjadi pegangan
Sesuatu kejadian penuh dengan hikmah dan pertunjuk.
Sama ada kena dengan kehendak hati
atau bercanggah dengan impian
semuanya diterima dengan terbuka
Kerana Allah sedang memberi pahala.

Saturday, February 06, 2010

PERJUANGAN

Berjuang ertinya berkorban
Berkorban maknanya kehilangan yang disayang
Benda apa yang disayang,
maka habis digunakan untuk perjuangan
Itulah erti perjuangan yang sebenarnya.
Ada umur , digunakan untuk perjuangan
Ada kesihatan , digunakan untuk berjuang
Ada harta habis dipakai untuk mendapatkan kecintaan.
Dalam Islam inilah hakikat berkorban dan berjuang

Kalau masih sayang tinggalkan keluarga
Kalau masih teragak untuk membantu perjuangan
Kalau masih terfikir-fikir untuk berjuang
Maka hakikatnya engkau masih belum jadi pejuang sejati.
Engkau masih memikirkan diri sendiri
Engkau masih berkempentingan diri
Jauh sekali dari berjuang untuk mati.

Orang berjuang  mesti  rela dicaci
Dengan kata yang menyakitkan hati
Orang berjuang mesti sabar
kerana medan perjuangan medan cabaran
Orang yang sabar dan ikhlas sahaja yang kekal di medan PERJUANGAN


mohdaminhamid

Thursday, January 14, 2010

DUNIA YANG MENGENEPIKAN TUHAN

Dunia yang indah
kehidupan yang mempesona
setengahnya menghilangkan susah sementara
sebahagian menghilangkan lara dalam jiwa
Dunia yang penuh dengan ghairah dan mengasyikkan
Sebahagian besar penghuninya terpedaya dengannya
Dunia menjadikannya gila dan lupa
Keasyikan yang palsu menjadikan ia tertipu
Setengahnya dia tahu tetapi keyakinannya tidak menghunjam
Dia juga jadi hanyut bersama gelora nafsu dunia
Hilang pertimbangan iman
Hilang keyakinan ketuhanan
Hilang ingatan tentang pembalasan
Maka gelora nafsunya membuak dek syaitan
Dunia tempat beramal untuk akhirat telah lenyap dalam ingatan
Syaitan dan nafsunya menjadi ikutan
Iman dan Islam hilang dari pertimbangan.
Dosa dan pahala tidak difikirkan
Inilah dunia yang hilang neraca keimanan.
Inilah dunia yang mengenepikan Tuhan.
Maka tunggulah pembalasan.

mohd amin hamid
14/01/10

Friday, January 01, 2010

MASA YANG BERLALU

Masa yang berlalu
Adalah paling jauh dari kehidupan kita
perginya ia tidak bisa kembali
walau apapun usaha ianya terus menjauh kita darinya
Itulah masa yang berlalu
Ia hanya menjadi kenangan dan sejarah
Itulah masa yang berlalu.
Hidup mesti diuruskan terus
Dengan ikhtiar dan usaha yang berguna
Kerana jika masa telah terlepas ianya tidak bermakna lagi
Peluang yang datang hendaklah disambar dengan bijaksana
Untuk sesuatu yang berfaedah untuk dunia
Untuk sesuatu yang bermakna selepas hidup di dunia
Kehidupan dan kematian sebenarnya bersama

MOHDAMINHAMID
1/1/10

SAAT ITU PASTI TIBA

Bukan mengata tetapi menyata
bukan menyata sahaja tetapi 'real'
2010 sudah tiba
menandakan usia bertambah tua
alam kanak ke alam remaja
Dari remaja ke alam dewasa
Alam dewasa ke alam tua
Alam tua ke alam barzah
Segala amalan harapkan berkah
Pahala diharap dosa dihindar
Takut dan harap tersemat difikiran
takut dan bimbang amalan tertolak
Harap Allah terima semua ibadat
Itulah saja yang tolong kita diakhirat nanti
Selain Rahmat Allah yang sangat dikehendakki
Yang pasti tiba ialah MATI
Kedatangannya adalah misteri
Yang sah dan nyata
Saat itu pasti tiba

MOHDAMINHAMID 1/1/10

Thursday, December 24, 2009

Puisi Rasa

KEMATIAN

Kematian yang datang
Pastinya tiada penghalang
Bila saatnya tiba
Makhluknya terpaksa terima
Walau apapun usaha
Walau apapun ikhtiar
Bila sampai masanya
Tidak boleh lari
Maut akan tiba
Roh berpisah jasad
Maknanya meninggal
Itulah akhirnya hidup di mayapada
Sebelum dinyawakan semula
Di akhirat bagi disukat
Amal ibadat
Dosa dan mungkar
Ditimbang dan dihisab
Ringan dan berat
Ibadat dan mungkar yang dibuat
Ketika bernyawa di dunia.
Sebelum datang akhirat.

6 Muharam1431
23 December 2009

Saturday, December 12, 2009

MENGHARAP REDHA ILLAHI

Dalam kehidupan
Makhluk ciptaan Tuhan
Tidak dapat dihindarkan
Tidak dapat dipisahkan
Antara sihat dan sakit
Antara segar dan layu
Antara duka dan gembira
Pasti akan ditemui
Oleh sesiapa sahaja yang bernama makhluk
Sebagai orang yang beriman
Semua dugaan adalah ujian Illahi
Bagi menyukat sabar meningkatkan keinsafan
Bahawa kita adalah makhluk Tuhan
Bahawa hidup di dunia tidaklah kemana
Ia hanya sekadar sementara
Ianya sekadar ujian rasa dan penentuan keimanan
Atau menzahirkan kegagalan dalam kepercayaan
Wahai Tuhan Penguasa Alam
Berilah kami kekuatan
Berilah kami taufik dan hidayah Mu untuk kehidupan kami
Sementara makhluk menunggu mati
Terimalah kami dengan redhaMU Illahi

24 zULHIJJAH 1423= 12 dISEMBER 2009

Tuesday, December 08, 2009

AMPUNKAN AKU

Adil dan zalim
Dua patah perkataan yang berbeza
ejaan dan sebutan
makna dan amalan dalam kehidupan
Dalam perlaksanaan harian
terhadap makhluk dan kehidupan
Adil membawa kepada suruhan Tuhan
Zalim  membawa makna durhaka kepada Tuhan
Apalah erti hidup dalam menderhakai Illahi
Arahan ditinggalkan
Larangan diamali.
Wahai hati wahai rasa
Duhai Allah Yang Maha Berkuasa mengampun 
Ampunlah aku sebelum roh berpisah
Ampunkan aku ampunkan aku ampunkan aku 

Monday, November 30, 2009

PERINGATAN UNTUK DIRI

Tiada tuhan melainkan Allah
Dengan keyakinan terbentuk Iman
Mudah disebut sukar diamalkan
Islam menyeru kepada pengamalan
Bukan hanya disebut dan dilafazkan
Keyakian mendalam
Manifestasinya ialah dilaksanakan
Iman membentuk kehidupan dan amalan
Larang dan tegah menjadi sempadan
Suruh dan arah menjadi nadi ikutan

Tiada Islam tanpa pelaksanaan
Tiada guna hidup tampa amalan Islam.
Menyerah kehidupan kepada Allah
Meyerah kematian
Menyerah keimanan kepada Tuhan
Menjadi makhluk berbakti
Menjadi insan mengikuti tauladan.
Buruk sempadan amalan baik diteruskan.


13 Zulhijjah 1430

Sunday, November 22, 2009

LUAHAN RASA

Telah terjadi baru berhati
Sudah berlaku baru peraku
Telah kena baru tahu
Masa yang berlalu
Menuntut perhatian dan ingatan
Jangan berulang dimasa mendatang
Fikir dan ingat
Lambat dan bangat
Kejadian tersembunyi akan terlihat
Waktu itu , malu kalau jahat
Ingat kebenaran akan tersingkap
Tidak di dunia pasti di akhirat.
Apalah hidup kalau untuk maksiat
Kerana kita tak lama di dunia berbanding di akhirat
Tempat abadi ialah selepas mati
Sama ada tak suka dia datang juga
Apatah lagi jika tak suka kita tak dapat lari.
Mati dan pembalasan adalah pasti
Bersedialah untuk mati
Kerana mati , datangnya tidak diketahui.