YDP Majlis Perbandaran Dungun zAINAL aBIDIN hUSIN bertukar ke KT sebagai Pengarah Majlis Sukan Negeri Terangganu mulai 2011. Pertukaran ini telah diulas oleh Dr. Jepun Dungun sebagai pertukaran biasa yang tiada kena menegena dengan politik.
Hari ini (30/12/2010) dalam SH edisi Terengganu seorang lagi orang UMNO Dungun (Ahli Majlis MPD) mengulas perkara yang sama tetapi dengan nada yang lebih ganas. Beliau menyerang wakil rakyat ADUN BN yang tidak membela YDP dalam perbahasan DUN. Beliau ialah Ab Razak Ismail. Beliau sangat kecewa dengan sikap berdiam diri wakil rakyat Paka dan Bukit Besi dalam persidangan DUN baru-baru ini apabila YDP diserang dengan fakta dan hujah yang tepat lagi menyengat oleh ADUN Sura YB Us. Wan Hasan Mohd Ramli.
Nampaknya " UMNO Dungun hanya ingin pertahankan orang yang banyak menyusahkan orang di Dungun " seperti YDP tersebut. Maka saya berserulah kepada semua orang UMNO Dungun bangkitlah menentang ADUN Bt. Besi dan ADUN Paka sebagaimana seruan Ab Razak Ismail untuk membela YDP Perbandaran Dungun yang dipertikaikan oleh sebahagian besar penduduk Dungun.
Selamat menentang. Orang yang bekerja dengan kerajaan bertukar , orang politik pula yang berkokok. Ada apa-apa ke ni ?
Rasa : adalah pandangan dan pendapat terhadap sesuatu kejadian , baru atau lama. Lepas : adalah menyatakan sesuatu secara terbuka kepada orang atau makhluk secara lisan atau bertulis
Thursday, December 30, 2010
Monday, December 06, 2010
MINYAK DISELARAS HARGA BERSAMA GULA
Saya sangat setuju kerajaan menaikkan harga minyak dan gula. Dengan kenaikan harga minyak akan menyebabkan rakyat tak dapat beli minyak , maka dengan sendirinya akan dapat menyelamatkan alam sekitar daripada pencemaran. Tidak makan gula akan menjadikan rakyat semakin sihat , tiada kencing manis.
Bagus kerajaan kita. Semakin tinggi harga minyak semakin bagus. Saya cadangkan awal tahun hadapan naik pula sekali lagi. Dan yang paling molek sekali minyak dan gas masak perlu dinaikkan harganya setiap bulan.
Semakin tinggi harga minyak/gas semakin ramai sokong BN. Jangan susah. Rakyat Malaysia tidak boleh berfikir. Tipulah , tipulah , tipulah. Semakin banyak BN menipu rakyat semakin ramai sokong BN. Saya menjangkakan Pilihanraya 13 sifarlah pembangkan di DUN dan Parlimen. Naikkan lagi harga minyak,naikkan lagi barang-barang keperluan lain.
Orang kampong akan terus sokong BN. SEMAKIN NAIK BARANG SEMAKIN SIFAR PEMBANGKANG.SELAMAT MENAIKKAN BARANG. JADIKAN HARGA MINYAK RM10.00 SELITER.

Tuesday, November 16, 2010
APA KHABAR JALAN YAHYA AHMAD DUNGUN .... SUDAH SIAP KE BELUM ?
Jalan Yahya Ahmad Dungun sudah dinaikan taraf kepada jalan empat lorong. Tetapi sehingga sekarang jalan tersebut seperti pekan koboi sahaja. Jalan ini telah dimulakan lebih dua tahun lalu. Tetapi hingga sekarang jalan tersebut masih belum siap, walaupun jaraknya tidak sampai 2 kilometer.
Bilakah ia akan siap? Para peniaga telah kehilangan pendapatan . Dibawah ini foto yang menunjukan keadaan tersebut :

Sudah lebih dari dua tahun jalan ini tak siap-siap( panjang tak sampai 2 kilometer ) bukankah ini satu perkara yang sangat pelik . Adakah jalan ini termasuk dalam senarai projek OKU( orang kuat umno ) ?
Friday, November 12, 2010
CUCU KETIGA - AHMAD MALIKI SIRI KEDUA
Thursday, November 11, 2010
CUCU KETIGA - AHMAD MALIKI
Alhamdulillah aku mendapat cucu yang ketiga pada 17 September 2010. Ibubapa cucu yang ketiga ini berkhidmat di Sarawak sebagi pendidik. Di bawah ini beberapa keping foto terbaru yang diambil pada 11/11/2010. Foto ini adalah untuk tatapan ibubapanya yang berada diseberang lautan, semoga terubatlah sedikit kerinduan.
Friday, October 08, 2010
SPR MEMBELA DIRI DENGAN MENGATAKAN SEMUA PERKARA TELAH DIAMBIL KIRA , BETUL KE ?
Laporan Star online - bahasa Malayu hari ini (8/10/2010) mengatakan bahawa pihak SPR telah mengambil kira semua perkara dalam penetapan tarikh pilihanraya Galas yang jatuh pada 4/11/2010 hari Khamis. Pemilihan tarikh tersebut bagi memudahkan pemilih keluar mengundi. Inilah alasan SPR.
Maka saya ingin bertanya balik kepada SPR khususnya Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar :
1. Hari Khamis yang dipilih adalah hari berkerja , jadi tidakah ini menyusahkan rakyat atau pemilih keluar mengundi ?
2. Tidakkah sebahagian besar tempat mengundi adalah di sekolah, jadi bagaimana dengan murid di sekolah yang terlibat dengan Pusat Mengundi, adakah ini menyenangkan murid sekolah yang ibubapanya sebagai pengundi.
3. Bagaimana pula dengan pengundi yang tinggal di luar Galas, adakah ini memudahkan mereka balik mengundi , kerana hari itu adalah hari bekerja.
Jadi berdasarkan soalan-soalan tersebut , dimanakah rasionalnya jawapan Timbalan Pengerusi SPR itu yang mengatakan pemilihan tarikh itu untuk menyenangkan pengundi ? Alasan yang sangat tidak logik. Yang sebenarnya perkiraan utama SPR ialah bagaimana untuk menolong UMNO supaya boleh menang di Galas.
Saya merasakan komen MB Kelantan YAB Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat adalah satu kebenaran. Memang SPR berat sebelah , pertimbangan utama SPR adalah untuk membantu UMNO.

Tuesday, July 27, 2010
BEBERAPA POS ISTIMEWA CUCUKU
Waktu pagi - 7.35 di Pantai Teluk Lipat Dungun - 16/6/2010
Pantai Teluk Lipat
Pantai Teluk Lipat pagi 20/07/2010
Sekian buat kali ini. Semoga Allah memberkati kita semua.
Saturday, July 24, 2010
MAJLIS AKAD NIKAH ANAK KEDUA - MASYITAH KHADIJAH
Majlis akad nikah Masyitah Khadijah telah selamat diadakan pada 24/07/2010- Sabtu jam 12.45 tengahari. Dibawah ini beberapa gambar sekitar majlis tersebut:-
Sekian, sekadar merakam peristiwa penting dalam keluargaku.

Thursday, July 22, 2010
SAYA BERSETUJU DENGAN PANDANGAN ROSLI MAT HASAN
1. Dalam Sinar Harian hari ini ( 22/7/2010 T2) Ketua umno Dungun menyatakan penyatuan umno-PAS tidak akan berlaku dan membuang masa sahaja. Perkara ini saya sangat setuju. Tak perlulah berusaha untuk menyatukan PAS umno atas dasar Melayu. PAS sebagai parti Islam tidak akan layan punya. Buat habis beras je.
2. Kalau kita ikuti usaha perpaduan umno-PAS ini adalah dimulai oleh umno atau penyokong umno. Bukan dimulai oleh PAS. Saya nasihatkan kepada umno supaya lupakanlah saja usaha perpaduan ini, kalau sekiranya usaha perpaduan ini berasaskan MELAYU.
3. Beberapa kenyataan Rosli yang sangat tidak tepat adalah seperti berikut :
a) Kenyataan Rosli : Rosli mengakui pemimpin seperti Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Matserta pemimimpin lain yang jumud dan berfikiran sempit akan mengagalkan penyatuan parti.
Komen saya : Pemimpin PAS tidak jumud dan sempit pandangan sebagaimana kata Rosli tersebut. Yang jumud dan sempit fikiran bagi saya ialah sebahagian pemimpin UMNO termasuk Rosli. Sempit dan jumud mereka ini adalah kerana dasar perjuangan yang sempit iaitu untuk memperjuangkan Melayu. Berjuang atas dasar Melayu tidak akan sampai kemana pun. Bila mati sahaja seseorang Melayu itu , maka Malaikat tidak melhat kepada Melayu nya , tetapi melihat kepada ISLAM nya. Luas nya perjuangan menegakkan Islam ini dari dunia hingga akhirat.
b) Kenyataan Rosli : Perubahan PAS juga jelas apabila pihak tersebut tidak bersetuju dengan langkah Umno terlibat dengan Perikatan suatu ketika dulu mengambil jalan bergabung bersama pakatan pembangkang terutama kerjasama dengan DAP yang jelas tidak bersetuju dengan penubuhan Negara Islam yang menjadi dasar PAS ketitika ini.
Komen saya : Sdra. Rosli kena baca sejarah penubuhan PAS, kenyataan saudara sangat tidak tepat dan banyak fakta salah. Bagi saya apa salahnya PAS berbaik dengan DAP yang kononnya bukan Islam bahkan menolak nagara Islam. Sedangkan UMNO yang mengaku Islam pun tidak bersetuju untuk melaksanakan Negara Islam. PAS berbaik dengan bukan Islam adalah dalam rangka untuk memberi gambaran sebenar Islam kepada mereka. Berdakwah.
BERSATU HENDAKLAH DI ATAS ASAS ISLAM BUKAN ATAS ASAS MELAYU.

Friday, July 16, 2010
TAHNIAH KEPADA PENGUNDI BN
Bebarapa " rasionalisasi " terhadap kenaikan harga minyak / gas dan gula
1. Penarikan subsidi akan menyebabkan kerajaan dapat menjimatkan wang negara lebih daripada RM700 juta.
2. Wang yang dijimatkan itu akan digunakan untuk rakyat. Sebab rakyat didahulukan. Semakin senanglah rakyat Malaysia nanti. Projek apalah untuk faedah rakyat , atau untuk faedah kroni ?
3. Rakyat Malaysia akan lebih sihat kerana tidak makan gula. Kadar kencing manis dikalangan rakyat Malaysia turun menjunam. Jangan kedaroh gula. KALU NAK JADIKAN RAKYAT SIHAT MAKA BARANG-BARANG LAINPUN KENA NAIKAN JUGA HARGANYA. TENTUNYA RAKYAT BERTAMBAH-TAMBAH SIHAT. Rakyat didahulukanlah katakan ..........
4. Rakyat akan bertambah sihat lagi kerana 'tidak makan banyak' . Banyak memasak akan meyebabkan banyak gas memasak digunakan. Jimatkan penggunaan gas memasak. Pakai kayu api lagi baik.RAKYAT DIDAHULUKAN.
5. Rakyat Malaysia dinasihatkan jangan makan angin dengan kereta atau kenderaan yang menggunakan petrol. Kerajaan mencadangkan supaya rakyat jelata mesti 'berjalan kaki sahaja " atau 'Naik basikal' kerana dengan cara demikian RAKYAT SEMAKIN SIHAT kerana sentiasa riadhah. Rakyat didahulukanlah .
6. Kalu beri subsidi , akan menyebabkan subsidi itu akan mengalir juga kepada orang asing, jadi, kerana orang asing maka subsidi DARI KERAJAAN hendaklah ditarik.Rakyat didahulukan untuk bayar lebih. Siapa yang membenarkan orang asing yang ramai tinggal di Malaysia sekarang ini. Adakah rakyat yang hendak sangat kepada orang asing ini ?
RAKYAT DIDAHULUKAN.
7. Banyak lagi rasional lain . Terimalah sahaja . Jangan banyak komen. TAHNIAH PENYOKONG UBN. KERANAMU HARGA BARANG NAIK. Adakah penyokong UBN tidak bayar lebih ? PENYOKONG PEMBANGKANG SAHAJA YANG KENA BAYAR LEBIH. PENYOKONG DIUTAMAKAN KE ?
Lantak engkaulah. TUNGGU PRU 13.

Wednesday, July 14, 2010
HANEEF SATU TAHUN SEPULUH BULAN
1. Berlari
2. Faham arahan
3. Pandai ngikut orang
4. Pandai memberi riaksi
5. Ikut -ikut solat
Nah di bawah beberapa pos istimewa cucu aku no, satu ini.

Subscribe to:
Posts (Atom)