E-mel 10 Jan 2012 LUAR NEGARA Anwar dibebaskan daripada tuduhan liwat bekas pembantu Oleh Darwis Said Dari Kuala Lumpur: KETUA pembangkang Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam didapati tidak bersalah dan dibebaskan daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya, Encik Mohd Saiful Bukhari Azlan, tiga tahun lalu. Dalam keputusan ringkasnya, Hakim Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah, berkata keputusan tersebut dibuat berdasarkan atas alasan tiada keterangan kukuh yang boleh menyokong dakwaan pihak pengadu kes. Datuk Seri Anwar, 64 tahun, didakwa meliwat Encik Mohd Saiful, di sebuah kondominium di Damansara pada Jun 2008 dan beliau boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan. Ketua umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu, bagaimanapun, menafikan dengan keras dakwaan tersebut dan menyifatkannya sebagai satu 'konspirasi politik'. 'Selepas menelaah hujahan pembela dan bukti-bukti sepenuhnya, pihak mahkamah tidak dapat memastikan 100 peratus bahawa bukti DNA tidak diusik. Adalah tidak selamat untuk hanya bergantung kepada bukti DNA. Tidak ada sokongan (ke atas kes),' jelas Datuk Mohd Zabidin. 'Tanpa bukti lain, selain keterangan SP1 (Mohd Saiful) tentang adanya penembusan... (maka) mahkamah keberatan untuk mendakwa berdasarkan bukti Mohd Saiful. 'Oleh itu, pihak tertuduh dibebaskan.' Keputusan tersebut disambut dengan laungan 'Allahuakbar' dan linangan air mata di kalangan para pemimpin kanan parti pembangkang dan anggota keluarga tertuduh yang datang memberikan sokongan padu kepada Datuk Seri Anwar dan memenuhi kamar mahkamah yang penuh sesak itu. Sekitar 7,000 penyokong Datuk Seri Anwar, dengan sesetengah daripada mereka telah berada di kawasan meletak kereta yang dikhaskan oleh pasukan polis di luar mahkamah sejak 4 pagi lagi, turut bersorak dalam keadaan hujan sambil melaungkan slogan, 'Hidup rakyat. Hidup! Hidup!' dan 'Reformasi' apabila mendengar khabar tentang keputusan hakim itu. Semasa dikerumuni para wartawan setempat dan antarabangsa di luar mahkamah bagi mendapatkan ulasannya, Datuk Seri Anwar berkata beliau dibebaskan oleh mahkamah kerana tidak bersalah. 'Alhamdulillah, keadilan sudah terbukti, ia satu kejutan yang menyenangkan. Sekarang kita perlu beri tumpuan kepada pilihan raya umum,' kata beliau, sebelum berangkat bersama rombongan penyokongnya untuk mengerjakan solat syukur di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, di depan kompleks mahkamah itu. Encik Mohd Saiful, dalam akaun Twitternya, pula berkata beliau akan terus tenang, berdoa dan sabar menerima keputusan itu. 'Tidak di dunia, namun di (padang) mahsyar (akhirat) pasti. (Saya) reda dengan ketentuan-Nya. Akan terus tenang, doa, istiqamah dan sabar. Illahi Antal Maksudi Wa Ridhoka Mathlubi (Ya Allah engkaulah matlamatku dan aku mencari keredaan-Mu),' katanya. Encik Mohd Saiful tidak hadir semasa mahkamah membuat keputusan itu. Kerajaan Malaysia, dalam kenyataannya semalam, berkata pembebasan Datuk Seri Anwar yang memeranjatkan itu adalah bukti bahawa mahkamah-mahkamah di negara itu adalah bebas daripada manipulasi politik. 'Malaysia mempunyai kehakiman bebas dan keputusan ini membuktikan bahawa kerajaan tidak mempengaruhi keputusan hakim,' lapor agensi berita AFP, yang memetik Menteri Penerangan Malaysia, Datuk Seri Rais Yatim, sebagai berkata.  Sementara itu, tiga letupan kecil berlaku di luar kompleks mahkamah Jalan Duta sejurus selepas keputusan kes dibacakan, mencederakan lima orang.- Berita Harian Singapura |
Rasa : adalah pandangan dan pendapat terhadap sesuatu kejadian , baru atau lama. Lepas : adalah menyatakan sesuatu secara terbuka kepada orang atau makhluk secara lisan atau bertulis
Showing posts with label Anwar Ibrahim. Show all posts

Tuesday, January 10, 2012
Anwar bebas
Oleh Norhashimah Mohd Radzali
norhashimah@bharian.com.my
2012/01/10
KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini, semalam daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, empat tahun lalu.
Penghakiman hari ini (semalam) membersihkan kerajaan secara keseluruhannya daripada tuduhan tidak berasas kononnya ada campur tangan politik dan konspirasi terhadap Ketua Pembangkang. - Datuk Seri Najib Razak, Perdana Menteri
“Selepas meneliti keterangan saksi dan hujahan kedua-dua pihak, mahkamah tidak dapat memastikan 100 peratus bahawa integriti sampel DNA yang diambil daripada Mohd Saiful, tidak terusik.“Disebabkan itu, adalah tidak selamat untuk bergantung semata-mata kepada keterangan DNA, selain tiada keterangan lain untuk menyokong keterangan saksi pendakwa pertama (Mohd Saiful),” katanya yang mula membaca penghakiman pada jam 9.20 pagi.
Mohamad Zabidin berkata, dalam kes jenayah seksual, mahkamah keberatan untuk mensabitkan tertuduh dengan hanya bergantung kepada keterangan Mohd Saiful.
“Sehubungan itu, mahkamah memerintahkan supaya tertuduh dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan itu,” katanya.
Anwar, 65, yang memakai kemeja biru dan seluar hitam kelihatan tersenyum sebaik hakim selesai membacakan keputusan dalam mahkamah yang penuh sesak. Beliau kemudian keluar kandang tertuduh dan dikerumuni anggota keluarga, pemimpin parti pembangkang dan penyokongnya.
Pihak pendakwaan yang diketuai Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusuf Zainal Abiden, yang ditemui selepas keputusan itu, berkata pihaknya belum memutuskan sama ada akan membuat rayuan terhadap keputusan berkenaan, bagaimanapun mereka mempunyai masa 14 hari untuk berbuat demikian.
Sebelum itu, Anwar, yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta jam 8.30 pagi dan memasuki mahkamah kira-kira 15 minit kemudian bersama isteri, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan semua anaknya termasuk Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah. Ribuan penyokongnya turut berhimpun di luar mahkamah untuk mengetahui keputusan itu.
Anwar dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan meliwat Mohd Saiful di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara di sini, antara jam 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Beliau yang mengaku tidak bersalah, didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabitan kesalahan.
Perbicaraan kes liwat itu yang mendapat tumpuan meluas media dan orang ramai, bermula pada 3 Februari 2010 dengan pihak pendakwaan memanggil 27 saksi dan empat saksi menyangkal, manakala lapan saksi pembelaan dipanggil termasuk Anwar yang memberikan keterangan daripada kandang tertuduh.
Keputusan semalam, amat dinantikan selepas hampir dua tahun setengah perbicaraan kes liwat itu berjalan selepas tertangguh lebih 60 kali akibat pelbagai permohonan sampingan dan rayuan dibuat pasukan peguam Anwar, termasuk ke Mahkamah Rayuan dan Persekutuan.
Ini adalah tuduhan liwat kedua dihadapi Anwar. Beliau pernah dituduh meliwat pemandunya, Azizan Abu Bakar, pada 1998.
Bagi tuduhan berkenaan, Anwar disabitkan bersalah dan dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Tinggi, bagaimanapun selepas rayuan Mahkamah Persekutuan menolak sabitan dan mengetepikan hukuman penjara serta membebaskan Anwar.
Turut hadir mengikuti prosiding semalam, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim; Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Sasterawan Negara, A Samad Said dan bekas Menteri Penerangan dan Pelancongan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir.
Monday, January 09, 2012
ALHAMDULILLAH , ANWAR IBRAHIM DIBEBAS OLEH MAHKAMAH.
ANWAR DIDAPATI TIDAK BERSALAH OLEH MAHKMAH TINGGI KL PAGI INI (9/1/2012) .
Thursday, May 05, 2011
SUDAH HEBOH SELURUH DUNIA , RUPANYA ESKAY MAIN TEKA TEKI SAJA.
Isu video seks yang dikatakan 'Anwar Ibrahim' rupanya Eskay nak minta pengesahan wartawan sahaja, adakah ianya DSAI. Habis ,yang kamu kata kamu bersamanya dalam rakaman itu. Sekarang kamu kata nak minta wartawan pula menganalpasti pelakon berkenaan.
Apa ke hal ni..... Sekali begitu sekali begini.

Thursday, April 07, 2011
JAM TANGAN SEBAGAI BUKTI
Tunjuklah jam tangan sebagai bukti. Dato Eskay mendakwa jam tangan yang tertinggal dalam bilik rakaman itu diambil olehnya. Apa lagi tunjuklah jam tangan tersebut.Barulah orang ramai semakin percaya kepada dakwaan Dato T.
Saturday, March 26, 2011
CERAMAH ANWAR 25/03/2011 - GOMBAK
VIDEO 1
VIDEO 2
Nilailah sendiri , tayang , tengok dan buat video lucah tidak salah , ceramah dan dengar ceramah salah.

Wednesday, March 23, 2011
KENYATAAN AKHBAR AHLI PERLIMEN PKR SUNGAI PETANI
KENYATAAN AKHBAR
Saya dihubungi oleh seorang kenalan yang sangat rapat bermula sejak 15 Mac 2011 untuk berjumpa dengannya mengenai sesuatu yang penting. Pada hari Isnin 21 Mac 2011 lebih kurang jam 12.20 tengahari, saya mengesahkan bahawa saya ada ruang untuk bertemu beliau.
Saya berjumpa dengannya di Hotel De Palma Ampang jam 4 petang hari itu, sebelum dibawa di dalam sebuah kereta yang lain. Kereta itu dipandu oleh dua orang yang saya tidak kenali.
Saya dibawa ke Hotel Flamingo Ampang, seterusnya dibawa ke sebuah bilik junior suite. Saya bertemu Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Dato’ Eskay Shazril Abdullah yang telah menunggu di dalam bilik tersebut. Saya turut disertai oleh kenalan saya tadi.
Saya duduk di depan Tan Sri Rahim Thamby Chik sementara Dato’ Eskay Shazril Abdullah duduk di sebelah saya. Kenalan saya tadi duduk di atas katil di belakang di dalam bilik tersebut.
Dato’ Eskay Shazril Abdullah mula bercakap dan mengatakan bahawa saya (“Johari Abdul”) adalah ahli Parlimen yang pertama akan menyaksikan tayangan video yang sedang mula dimainkan itu. Dia juga meminta pandangan saya mengenai Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Sepanjang tayangan video tersebut, Dato’ Eskay Shazril Abdullah menjadi suara latar menerangkan beberapa perkara. Contohnya, dia menyentuh bagaimana cara individu terbabit menanggalkan kondom selepas perlakuan berakhir mempunyai risiko air mani akan terpercik ke kawasan yang besar. Menurutnya, tabiat itulah yang menyebabkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sering meninggalkan bahan bukti seperti yang berlaku dalam kes liwat pertama tahun 1998 dulu.
Dia juga mendakwa bahawa dia selalu membawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke club house di mana berlakunya kejadian itu dan tempat-tempat lain di Thailand seolah-olah ini perkara yang kerapkali dibuat oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Menurutnya, setiap kali dia membawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke tempat itu, bilik itulah (yang dirakamkan) yang digunakan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sementara dia (Dato’ Eskay) menggunakan bilik bersebelahan. Dalam percakapan seterusnya, dia menyatakan kebimbangan kononnya rakaman-rakaman video seperti itu telah dipunyai oleh pihak perisikan Thai.
Sepanjang penayangan video tersebut, Tan Sri Rahim Thamby Chik kerap mencelah dan membuat komen pendek yang memburukkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Saya percaya beliau cuba meyakinkan saya bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah seorang yang tidak bermoral dan tidak layak menjadi seorang pemimpin.
Selepas penayangan video tersebut, Tan Sri Rahim Thamby Chik mula bercakap. Dia memujuk supaya saya meninggalkan KEADILAN dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Dia berjanji untuk bbawa saya berjumpa dengan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak. Tan Sri Rahim Thamby Chik juga menyebut bahawa dia akan uruskan segala keperluan kewangan dan keselamatan saya.
Tan Sri Rahim Thamby Chik juga cuba meyakinkan saya untuk membawa dan memujuk lebih ramai Ahli Parlimen KEADILAN berjumpanya, supaya dapat dipujuk keluar parti. Dia meminta saya mengepalai kumpulan Ahli-ahli Parlimen KEADILAN ini. Saya tidak memberikan komitmen, selain mendengar komen-komen yang dibuat.
Selepas itu, saya keluar dan diiringi oleh kenalan rapat saya itu. Di dalam lif, saya memeluknya dan memberitahu beliau, bahawa setelah menonton keseluruhan video tersebut, saya yakin bahawa orang di dalam video itu bukanlah Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Saya berkeyakinan bahawa pelakon itu bukan Dato’ Seri Anwar Ibrahim berlandaskan faktor berikut:
1. Pada awal rakaman, terdapat seorang lelaki lain yang sedang menguruskan rakaman video pada ketika orang yang mirip Dato’ Seri Anwar Ibrahim masuk ke dalam bilik. Sewajarnya orang itu (yang mirip Dato’ Seri Anwar Ibrahim) sedar bahawa perlakuannya akan dirakam. Mustahil sesiapa yang waras akan melakukan adegan sedemikian kecuali dia diupah.
2. Tempoh masa rakaman yang menunjukkan muka si pelaku adalah terlalu pendek. Ditambah dengan rakaman yang dibuat di dalam hitam putih; menyukarkan untuk betul-betul mengesahkan identiti si pelaku.
3. Bahu si pelaku terlalu lebar dan tegap berbanding bahu Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
4. Bahagian belakang si pelaku (punggong) juga berisi dan jelas berbeza dengan tubuh badan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
5. Di akhir adegan, si pelaku bangun dan tubuh badannya dirakam dengan jelas. Perutnya adalah buncit dan terlalu besar jika dibandingkan dengan perut Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
6. Warna kulitnya adalah terlalu cerah dan hampir tidak dapat dibezakan dengan warna kulit wanita terlibat.
Selepas itu, saya menyatakan kesediaan untuk membawa beberapa orang ahli Parlimen KEADILAN agar mereka juga dapat menonton video dan berjumpa dengan Tan Sri Rahim Thamby Chik. Saya dimaklumkan sessi tayangan seterusnya akan dibuat kepada ahli-ahli Parlimen KEADILAN pada jam 330 petang 22 Mac 2011. Kami hadir semalam di Hotel Flamingo Ampang dan menunggu hingga jam 530 petang, oleh kerana mereka telah sahkan bahawa perjumpaa akan berlaku. Walau bagaimana pun, perjumpaan itu dibatalkan oleh pihak mereka.
Saya mengambil risiko membuat kenyataan ini diluar Dewan Rakyat kerana saya yakin bahawa episod terbaru ini adalah satu lagi rencana jahat untuk memfitnah Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
DATO’ JOHARI ABDUL
AHLI PARLIMEN SG PETANI
AHLI MAJLIS PIMPINAN PUSAT KEADILAN
23 MAC 2011
KOMEN SELEPAS KENYATAAN AKHBAR DATO’ JOHARI ABDUL
Tan Sri Rahim Thamby Chik yang menjadi dalang kepada episod ini adalah orang yang sama yang mengatur penerbitan dan pengedaran buku “50 Dalil” dalam tahun 1998 dahulu. Modus operandi fitnah terbaru ini adalah 100% sama dengan modus operandi siri fitnah tahun 1998 dahulu. Beliau diberi mandat oleh Perdana Menteri sendiri untuk membeli ahli-ahli Parlimen KEADILAN dengan tawaran wang ringgit dan sebagainya. Tempahan dan pembayaran Carcosa Seri Negara dibuat oleh RISDA, sebuah jabatan kerajaan.
Saya juga percaya Dato’ Eskay Shazril Abdullah adalah “Dato’ T”. Dia adalah seorang yang berbangsa Siam dan mendapat banyak faedah dari Tun Mahathir Mohamad kerana berasal dari Kedah.
Seorang lagi individu yang hadir sama adalah bapa mertua kepada Dato’ Shafie Afdal, iaitu Naib Presiden UMNO. Banyak lagi nama-nama pimpinan UMNO yang terlibat secara langsung dengan konspirasi terbaru ini.
Saya mendedahkan semua ini agar rakyat Malaysia dapat menilai dengan sendiri politik jahat yang digunakan oleh musuh Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Pimpinan UMNO perlu berterus terang dengan rakyat dan membersihkan nama mereka secepat mungkin. - TT

SIAPA DATUK T ?
Setelah dia mendedahkan pita rakaman lucah pemimpin pembangkang , dia juga mengatakan dia tidak akan serah pita video tersebut kepada polis. Siapa awak dATUK t yang mengatasi undang-undang. Awak tuduh orang berzina , awak 'sembunyi muka ' dahlah begitu dengan sedar pula tak mahu serah video kepada polis dengan alasan takut orang kata polis dan kerajaan berpakat.
Siapa sebenarnya awak Datuk T ? Hai pelik bin pelik awak ni. Kalau orang lain sudah tentu polis akan panggil ke balainya. Ini menambahkan lagi anggapan orang ramai bahawa pita ini merupakan konpirasi ketiga untuk menghancur pemimpin pembangkang tesebut.
DATUK T ni SIAPA ?

Monday, March 21, 2011
VIDEO SEKS YANG DIKATAKAN ' ANWAR IBRAHIM ' VERSI DATUK T
Berita tarbaharu yang disebarkan oleh orang yang mahu dikenali sebagai Datuk
T bahawa " Anwar Ibrahim " melakukan seks dengan gadis cina . Berita ini sangatlah melukakan kawan-kawan dalam Pakatan Rakyat sekiaranya ianya bukan fitnah. Dalam menghadapi isu yang penuh dengan persoalan ini maka kita hendaklah merujuk kepada maksud ayat Quran di bawah :
" Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan." (al-Hujurat:6).

Subscribe to:
Posts (Atom)