Showing posts with label Judi bola. Show all posts
Showing posts with label Judi bola. Show all posts

Sunday, May 23, 2010

JUDI BOLA SEPAK PIALA DUNIA

UBN Masih Tidak Nampak Haramnya Judi

1. Kenyataan TPM melalui MM hari ini adalah jelas bahawa beliau tidak sensitif dengan ajaran Islam. Kerajaan akan kaji judi bola ini kerana desakan rakyat bukan kerana Islam mengharamkan judi.

2. Lebih malang lagi TPM setakat ini tidak ada maklumat mengenai desakan rakyat tersebut. Sampai begitu sekali TPM tidak cakna dengan rakyat yang turun berdemontrasi menentang judi bola.

3. Nampaknya TPM kita ni sangat tidak memberi perhatian  dengan isu yang berlaku dalam masyarakat. Bagimana beliau nak melaksanakan moto BN Rakyat didahulukan, sedang TPM tidak ada maklumat mengenai kebncian rakyat kepada judi bo0la.

4. Dalam Sinar Harian (TRG) muka surat n3 ada seorang yang bernama Datuk Shamsul Anuar Nasarah  ( kononnya bekas Presiden Majlis Belia Malaysia ..... tahun bila ? ) memberi pandangan bahawa lesen judi yang dikeluarkan oleh Selangor dan Pulau Pinang meningkat dua kali ganda berbanding dengan zaman UBN. Betul ke ni dato ? Lesen judi tidak diluluskan oleh kerajaan negeri, tetapi oleh Kemnterian Kewangan. Dato ni ada baca ke tidak . Malu lah seorang yang bertaraf bekas presden sangat jahil mengenai perkara ini. Tak tahu jangan komen nanti orang kata datok bodoh.

5. Kerajaan kena sedar bahawa judi adalah haram disisi Islam. Sama ia diberi lesen atau tidak. Janganlah nak kaji semula pemberian lesen judi bola ini semata-mata kerana desakan rakyat. Tetapi itulah hakikatnya UBN. Haram dan halal bukan menjadi pertimbangannya. Keutamaan bagi UBN ialah keuntungan. Dapat untung " semua hahal "

Tuesday, May 18, 2010

JUDI BOLA YANG DILULUSKAN OLEH UMNO-BN

Mantan wakil rakyat Umno desak batal judi bola


Mei 18, 10 5:36pm

Pertubuhan Mantan Wakil Rakyat Umno (PAKKU) mendesak kerajaan membatalkan serta merta lesen perjudian bola untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 yang akan berlangsung awal bulan depan.

Keputusan itu dibuat pada mesyuarat dewan tertinggi pertubuhan itu yang dipengerusikan presiden Tan Sri Adam Abdul Kadir dan dihadiri beberapa anggota lain antaranya bekas menteri pertanian Tan Sri Sanusi Junid dan bekas menteri kebudayaan, kesenian dan pelancongan Tan Sri Sabbaruddin Chik, kata naib presiden Tamrin Ghafar dalam kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.

Berjaya Corp dilaporan telah menerima kembali lesen perjudian sukan.

Pada 6 Mei, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata kerajaan mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen berkenaan bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.

-- Bernama

Komen :
 
Batalkanlah judi bola ini. Malaysia sudah banyak menyediakan pelbagai jenis judi. Kalaulah alasan membenarkan judi bola ini bagi memudahkan "kawalan" maka tidak mustahillah tidak lama lagi kerajaan UMNO/BN akan menghalalkan pelacuran yang diberi lesen demi memudahkan kawalan. TAKUTLAH BALA DARI ALLAH NANTI YANG AKAN MENIMPA SEMUA ORANG.