Monday, November 30, 2009

PERINGATAN UNTUK DIRI

Tiada tuhan melainkan Allah
Dengan keyakinan terbentuk Iman
Mudah disebut sukar diamalkan
Islam menyeru kepada pengamalan
Bukan hanya disebut dan dilafazkan
Keyakian mendalam
Manifestasinya ialah dilaksanakan
Iman membentuk kehidupan dan amalan
Larang dan tegah menjadi sempadan
Suruh dan arah menjadi nadi ikutan

Tiada Islam tanpa pelaksanaan
Tiada guna hidup tampa amalan Islam.
Menyerah kehidupan kepada Allah
Meyerah kematian
Menyerah keimanan kepada Tuhan
Menjadi makhluk berbakti
Menjadi insan mengikuti tauladan.
Buruk sempadan amalan baik diteruskan.


13 Zulhijjah 1430

KENANGAN DI LAPANGAN TERBANG SULTAN MAHMUD

Tarikh : 29 / 11 / 2009 = 12 ZULHIJJAH 1430
Lokasi : SULTAN MAHMUD AIRPORT KUALA TERENGGANU
Masa : 8.45 - 9.15 malam
6 Keping foto.










 











Sekian.

Sunday, November 29, 2009

PEMANDANGAN DARI ATAS JAMBATAN DUNGUN

Pemandangan Dari Atas Jambatan Dungun - Siri 1
Di bawah ini dipaparkan beberapa keping gambar dari atas Jambatan Dungun ( dekat Pasar Besar Dungun )



 Pasar Besar Dungun dari atas jambatan.

  
 Bangunan perniagaan bandar Dungun

  
 Pandangan menghala ke bukit.

  
 Hujung Tanjung Kuala Dungun.



Sekian harap terhibur.

Saturday, November 28, 2009

MAJLIS QURBAN SURAU KUBUR KG. MOLEK DUNGUN

Majlis Qurban Surau Kubur Kg. Molek telah diadakan di markas Kg. Molek . Majlis bermula pukul 8.00 pagi . Sebanyak 8 ekor lembu telah disembelih pada hari tersebut.Tukang sembelih ialah Tuan Haji Wan Sufian Ismail, bekas Imam Masjid Tengku Intah Zaharah Dungun.
Majlis Qurban telah selesai pada kira-kira pukul 12.15 tengah hari. Di bawah ini lekatkan beberapa keping gambar sempena hari tersebut.


 
 Di antara lembu yang di qurbankan.

  
 Usaha untuk merebahkan lembu untuk disembelih.

  
 Lembu telah diikat dan bersedia untuk disembelih.

  
Tukang sembelih Haji Wan Sufian sedang menggorok leher lembu.

  
 Pisau telah diangkat. Sembelihan telah sempurna.

  
 Proses melapah kulit lembu oleh peserta qurban.

  
 Sebahagian besar lembu telah dilapah.

  
 Mneyempurnakan proses lapah.

  
 Lapah hampir selesai.

  
 Mengerat bahagian-bahagian yang perlu dikerat.

  

  
 Di antara lembu lain yang ditumbangkan.

  
 Sementara lembu dilapah dan menunggu pembahagian daging , perserta Majlis Qurban berehat.

  
 Di antara pengunjung majlis Qurban 1430 H Surau Kubur Kg. Molek Dungun Terengganu.



Friday, November 27, 2009

SOLAT AIDIL ADHA DI SURAU KUBUR KG MOLEK

8.35 solat Aidil Adha di imamkan oleh Ustaz Mustapha Husin. Khutbah dibaca oleh Ustaz Amri Hashim. Jemaah tidaklah seramai solat Aidil Fitri , tetapi hampir penuh.
Di bawah adalah beberapa keping gambar sekitar solat Aidil Adha di Surau Kubur Kg. Molek Dungun pada 27/11/2009.






 Sekian ,kali ini.

PROGRAM QURBAN SURAU USTAZ OMAR SHUKRI BT CHATAK DUNGUN

Sempena Hari Raya Qurban 1430 kira-kira 20 ekor lembu telah disembelih pada hari tersebut(27/11/2009 - Jumaat ). Program ini dianjurkan JK Surau Ustaz Omar Shukri Bt. Chatak.Tiga orang tukang sembelih telah menjalankan tugasnya dengan sempurna. Kesemua lembu tersebut telah selesai di sembelih  kira-kira jam 10.45 pagi. Program Qurban ini telahmendapat sambutan hangat daripada penduduk setempat. Beberapa keping gambar sempena majlis tersebut.


 Lembu sedang ' dikherjong ' untuk sembelih


  
 Tukang sembelih - Sdra Haji Wan Sufian Ismail

  
 Urusetia Cikgu Harun sedang memerhati sesuatu di kemah urusetia.


  
 Peserta sedang kerat tulang

  
 Proses melapah handak dimulakan.



Proses melapah kulit lembu bermula.

Thursday, November 26, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1430

Apa lagi hendak dikata
Berilah hati berilah jiwa
Entahlah bila sampainya masa
Apalah ertinya nyawa jika disiasia.
Inilah masa dan ketika
Berkorban
Berjuang
Untuk menegakkan ISLAM

Wednesday, November 25, 2009

CUCUKU

Cucuku
( siri 3 )

Umur Haneef sudah 1 tahun 2 bulan
Ketika ini , Cucuku ini sudah boleh menyebut perkataan ALLAH dangan jelas.
Sudah boleh berjalan dengan baik dan sudah boleh memahami arahan-arahan yang ringkas dengan memberi riaksi. Boleh menunjukkan bahasa badan seperti 'terkejut'.



 
 Pos istimewa.


  
Tengok apa tu ........

  
 Tengah rilek....

  
Dihadapan SRABZA pada 25/11/2009 bersama Majdiah dan Maznah



 Bergambar di atas Jambatan Dungun pada petang 25/11/2009

  
Masih di atas Jambatan Dungun

  
 Masih lagi di atas Jambatan Dungun - Berlatarbelakangkan Seberang Pintasan.

  
 Di atas jambatan Dungun

  
 Bercakap dengan siapa pulak niiii.....

  
 Nakallaaaah......

  
Berhadapan  bilik perpustakaan SRABZA

 
Hansem tak saya......


Sekian untuk kali ini.



APA MAKNA INI SEMUA ?

Mahkamah Rayuan Terima Permohonan SPR Tangguhkan Pilihan Raya Kecil DUN Kota Siputeh


PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini berjaya dalam permohonannya untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi yang mahu satu pilihan raya kecil diadakan di DUN Kota Siputeh, Kedah.

Panel tiga orang hakim Mahkamah Rayuan, terdiri Datuk Sulong Matjeraie, Datuk Kang Hwee Gee dan Datuk Abdul Aziz Rahim memutuskan bahawa wujud keadaan khas untuk menangguhkan sementara keputusan untuk mengadakan pilihan raya kecil kepada suruhanjaya itu.

"Kebenaran penghakiman yang diputuskan oleh Hakim Mahkamah Tinggi perlu diuji di mahkamah lebih tinggi," kata Hakim Sulong selepas hampir dua jam panel tiga hakim itu mendengar permohonan yang difailkan oleh suruhanjaya itu pada Selasa.

Dalam penghakiman yang dibacakan pada pukul 7.24 malam, Hakim Sulong berkata mereka telah bersetuju sebulat suara bahawa tidak ada pihak akan mengalami akibat dan prasangka jika perintah penangguhan itu dibenarkan.

Beliau berkata keputusan tersebut dibuat bagi mengelakkan pilihan raya kecil yang tidak sepatutnya berlaku dan pembaziran dana awam.

Terdahulu, Datuk Abu Hassan Sarif hari ini memfailkan permohonan untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 16 November lalu yang memutuskan beliau bukan lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Siputeh dan kerusi berkenaan telah kosong serta satu pilihan raya kecil perlu diadakan.

Beliau memfailkan dokumen itu dihadapan pendaftar Mahkamah Rayuan melalui peguamnya, Abu Bakar Isa Ramat di sini pada Selasa.

Abu Hassan secara peribadi mengesahkan afidavit-afidavit di hadapan Pesruhujaya Sumpah di Putrajaya pada pukul 10 pagi tadi.

Satu lagi permohonan serupa yang difailkan oleh SPR turut didengar di Mahkamah Rayuan pada pukul 2.30 petang tadi.
( Mstar Online )


Komen : Saya jadi keliru. Kerana dua mahkamah putus kena buat pilihanraya , satu mahkamah kata boleh tangguh , adakah ini bermakna pilihanraya kena buat tetapi tangguh atau memang spr ada kuasa mengatasi speaker. Langgarlah apa saja, asalkan ubn menang. Sah ! spr salah satu komponen BN ...SELAMAT BERTANDING SPR

Monday, November 23, 2009

TEKA BENDA TERSEMBUNYI

Gambar di bawah adalah dipetik dari 4 buah akhbar perdana Malaysia, mengenai warga emas yang membunuh isterinya. Lokasi gambar ini adalah ditempat yang sama , dan waktu ambil gambarpun pun hampir sama. Cuba anda perhatikan , apakah yang berbeza dan tersembunyi.


Berita Harian
 
Harian Metro
 

The Star


 

  Utusan Malaysia