Saturday, March 26, 2011

CERAMAH ANWAR 25/03/2011 - GOMBAK

VIDEO 1



VIDEO 2



Nilailah sendiri , tayang , tengok dan buat video lucah tidak salah , ceramah dan dengar ceramah salah.

Wednesday, March 23, 2011

KENYATAAN AKHBAR AHLI PERLIMEN PKR SUNGAI PETANI

KENYATAAN AKHBAR

Saya dihubungi oleh seorang kenalan yang sangat rapat bermula sejak 15 Mac 2011 untuk berjumpa dengannya mengenai sesuatu yang penting. Pada hari Isnin 21 Mac 2011 lebih kurang jam 12.20 tengahari, saya mengesahkan bahawa saya ada ruang untuk bertemu beliau.

Saya berjumpa dengannya di Hotel De Palma Ampang jam 4 petang hari itu, sebelum dibawa di dalam sebuah kereta yang lain. Kereta itu dipandu oleh dua orang yang saya tidak kenali.

Saya dibawa ke Hotel Flamingo Ampang, seterusnya dibawa ke sebuah bilik junior suite. Saya bertemu Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Dato’ Eskay Shazril Abdullah yang telah menunggu di dalam bilik tersebut. Saya turut disertai oleh kenalan saya tadi.

Saya duduk di depan Tan Sri Rahim Thamby Chik sementara Dato’ Eskay Shazril Abdullah duduk di sebelah saya. Kenalan saya tadi duduk di atas katil di belakang di dalam bilik tersebut.

Dato’ Eskay Shazril Abdullah mula bercakap dan mengatakan bahawa saya (“Johari Abdul”) adalah ahli Parlimen yang pertama akan menyaksikan tayangan video yang sedang mula dimainkan itu. Dia juga meminta pandangan saya mengenai Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Sepanjang tayangan video tersebut, Dato’ Eskay Shazril Abdullah menjadi suara latar menerangkan beberapa perkara. Contohnya, dia menyentuh bagaimana cara individu terbabit menanggalkan kondom selepas perlakuan berakhir mempunyai risiko air mani akan terpercik ke kawasan yang besar. Menurutnya, tabiat itulah yang menyebabkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sering meninggalkan bahan bukti seperti yang berlaku dalam kes liwat pertama tahun 1998 dulu.

Dia juga mendakwa bahawa dia selalu membawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke club house di mana berlakunya kejadian itu dan tempat-tempat lain di Thailand seolah-olah ini perkara yang kerapkali dibuat oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Menurutnya, setiap kali dia membawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke tempat itu, bilik itulah (yang dirakamkan) yang digunakan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sementara dia (Dato’ Eskay) menggunakan bilik bersebelahan. Dalam percakapan seterusnya, dia menyatakan kebimbangan kononnya rakaman-rakaman video seperti itu telah dipunyai oleh pihak perisikan Thai.

Sepanjang penayangan video tersebut, Tan Sri Rahim Thamby Chik kerap mencelah dan membuat komen pendek yang memburukkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Saya percaya beliau cuba meyakinkan saya bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah seorang yang tidak bermoral dan tidak layak menjadi seorang pemimpin.

Selepas penayangan video tersebut, Tan Sri Rahim Thamby Chik mula bercakap. Dia memujuk supaya saya meninggalkan KEADILAN dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Dia berjanji untuk bbawa saya berjumpa dengan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak. Tan Sri Rahim Thamby Chik juga menyebut bahawa dia akan uruskan segala keperluan kewangan dan keselamatan saya.

Tan Sri Rahim Thamby Chik juga cuba meyakinkan saya untuk membawa dan memujuk lebih ramai Ahli Parlimen KEADILAN berjumpanya, supaya dapat dipujuk keluar parti. Dia meminta saya mengepalai kumpulan Ahli-ahli Parlimen KEADILAN ini. Saya tidak memberikan komitmen, selain mendengar komen-komen yang dibuat.

Selepas itu, saya keluar dan diiringi oleh kenalan rapat saya itu. Di dalam lif, saya memeluknya dan memberitahu beliau, bahawa setelah menonton keseluruhan video tersebut, saya yakin bahawa orang di dalam video itu bukanlah Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Saya berkeyakinan bahawa pelakon itu bukan Dato’ Seri Anwar Ibrahim berlandaskan faktor berikut:

1. Pada awal rakaman, terdapat seorang lelaki lain yang sedang menguruskan rakaman video pada ketika orang yang mirip Dato’ Seri Anwar Ibrahim masuk ke dalam bilik. Sewajarnya orang itu (yang mirip Dato’ Seri Anwar Ibrahim) sedar bahawa perlakuannya akan dirakam. Mustahil sesiapa yang waras akan melakukan adegan sedemikian kecuali dia diupah.

2. Tempoh masa rakaman yang menunjukkan muka si pelaku adalah terlalu pendek. Ditambah dengan rakaman yang dibuat di dalam hitam putih; menyukarkan untuk betul-betul mengesahkan identiti si pelaku.

3. Bahu si pelaku terlalu lebar dan tegap berbanding bahu Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

4. Bahagian belakang si pelaku (punggong) juga berisi dan jelas berbeza dengan tubuh badan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

5. Di akhir adegan, si pelaku bangun dan tubuh badannya dirakam dengan jelas. Perutnya adalah buncit dan terlalu besar jika dibandingkan dengan perut Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

6. Warna kulitnya adalah terlalu cerah dan hampir tidak dapat dibezakan dengan warna kulit wanita terlibat.

Selepas itu, saya menyatakan kesediaan untuk membawa beberapa orang ahli Parlimen KEADILAN agar mereka juga dapat menonton video dan berjumpa dengan Tan Sri Rahim Thamby Chik. Saya dimaklumkan sessi tayangan seterusnya akan dibuat kepada ahli-ahli Parlimen KEADILAN pada jam 330 petang 22 Mac 2011. Kami hadir semalam di Hotel Flamingo Ampang dan menunggu hingga jam 530 petang, oleh kerana mereka telah sahkan bahawa perjumpaa akan berlaku. Walau bagaimana pun, perjumpaan itu dibatalkan oleh pihak mereka.

Saya mengambil risiko membuat kenyataan ini diluar Dewan Rakyat kerana saya yakin bahawa episod terbaru ini adalah satu lagi rencana jahat untuk memfitnah Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

DATO’ JOHARI ABDUL
AHLI PARLIMEN SG PETANI
AHLI MAJLIS PIMPINAN PUSAT KEADILAN
23 MAC 2011

KOMEN SELEPAS KENYATAAN AKHBAR DATO’ JOHARI ABDUL

Tan Sri Rahim Thamby Chik yang menjadi dalang kepada episod ini adalah orang yang sama yang mengatur penerbitan dan pengedaran buku “50 Dalil” dalam tahun 1998 dahulu. Modus operandi fitnah terbaru ini adalah 100% sama dengan modus operandi siri fitnah tahun 1998 dahulu. Beliau diberi mandat oleh Perdana Menteri sendiri untuk membeli ahli-ahli Parlimen KEADILAN dengan tawaran wang ringgit dan sebagainya. Tempahan dan pembayaran Carcosa Seri Negara dibuat oleh RISDA, sebuah jabatan kerajaan.

Saya juga percaya Dato’ Eskay Shazril Abdullah adalah “Dato’ T”. Dia adalah seorang yang berbangsa Siam dan mendapat banyak faedah dari Tun Mahathir Mohamad kerana berasal dari Kedah.

Seorang lagi individu yang hadir sama adalah bapa mertua kepada Dato’ Shafie Afdal, iaitu Naib Presiden UMNO. Banyak lagi nama-nama pimpinan UMNO yang terlibat secara langsung dengan konspirasi terbaru ini.

Saya mendedahkan semua ini agar rakyat Malaysia dapat menilai dengan sendiri politik jahat yang digunakan oleh musuh Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Pimpinan UMNO perlu berterus terang dengan rakyat dan membersihkan nama mereka secepat mungkin. - TT

SIAPA DATUK T ?

Setelah dia mendedahkan pita rakaman lucah pemimpin pembangkang , dia juga mengatakan dia tidak akan serah pita video tersebut kepada polis. Siapa awak dATUK t yang mengatasi undang-undang. Awak tuduh orang berzina , awak 'sembunyi muka ' dahlah begitu dengan sedar pula tak mahu serah video kepada polis dengan alasan takut orang kata polis dan kerajaan berpakat.

Siapa sebenarnya awak Datuk T ? Hai pelik bin pelik awak ni. Kalau orang lain sudah tentu polis akan panggil ke balainya. Ini menambahkan lagi anggapan orang ramai bahawa pita ini merupakan konpirasi ketiga untuk menghancur pemimpin pembangkang tesebut.

DATUK T ni SIAPA ?

Tuesday, March 22, 2011

FITNAH

TAZKIRAH MENGENAI FITNAH DI BAWAH ADALAH DI AMBIL DARI SEBUAH BLOG YANG TIDAK BERNAMA TETAPI ISINYA ADALAH KEBENARAN

"Penyebaran fitnah mudah berlaku dalam era teknologi komunikasi moden sekarang. Kemudahan khidmat pesanan ringkas (SMS), laman web dan emel membolehkan penyebaran maklumat tanpa memerlukan bertemu secara berdepan, lebih mudah, cepat, meluas dan murah. Teknologi yang sepatutnya digunakan untuk kebaikan disalahgunakan untuk menyebarkan fitnah. Penyebaran fitnah melalui SMS yang berleluasa memaksa kerajaan menetapkan peraturan semua pemilik kad prabayar didaftarkan."

Islam mempunyai kaedah lebih ketat bagi memastikan kebenaran sesuatu berita supaya tidak terperangkap dengan berita berunsur fitnah. Wajib bagi Muslim menghalusi setiap berita diterima supaya tidak terbabit dalam kancah berita berunsur fitnah. Sebarang berita diterima perlu dipastikan kesahihannya. Kebijaksanaan dan kewarasan fikiran amat penting digunakan bagi memastikan tidak terpedaya dengan berita berunsur fitnah.

Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)

Banyak pihak yang turut terbabit menyebar fitnah sebenarnya tidak mempunyai sebarang kepentingan berkaitannya. Tetapi, disebabkan amalan menyebar fitnah sudah menjadi kebiasaan, banyak yang turut menyertainya dan seperti mendapat kepuasan daripada perbuatan itu. Fitnah biasanya disebarkan bertujuan memburukkan individu atau kumpulan. Pada masa sama, perbuatan itu dapat menonjolkan dirinya sebagai lebih baik dan lebih layak berbanding orang yang diburukkan itu.

Dosa membuat fitnah digolongkan sebagai dosa sesama manusia. Justeru, dosa itu tidak akan diampunkan Allah, melainkan orang yang difitnah itu memberi keampunan terhadap perbuatan itu. Mungkin ramai menyangka perbuatan menyebarkan berita fitnah sekadar satu kesalahan kecil. Sebab itu, perbuatan seumpamanya dilakukan seperti tiada apa merugikan.

Hakikatnya, dosa membuat fitnah menjauhkan diri dari syurga. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Dosa menyebar fitnah umpama api membakar ranting kering kerana ia cepat merebak dan akan menjadi abu sepenuhnya. Dosa menyebar fitnah menyebabkan pahala terdahulu dihilangkan sehinggakan penyebar fitnah akan menjadi muflis di akhirat nanti.

Penyebar khabar angin biasanya menyebut perkataan ‘dengar khabar’ mengenai berita yang disebarkan. Bagaimanapun, apabila berita tersebar daripada seorang ke seorang, maklumat yang belum sahih itu sudah hilang dan kemudian disebarkan seperti berita benar. Dalam Islam, sesuatu berita benar tetap tidak boleh disebarkan jika orang yang berkaitan cerita itu tidak mahu ia disebarkan kepada orang lain. Menyebarkan berita benar tetap dilarang, inikan pula menyebarkan berita tidak benar.

Imam Ghazali dalam buku Ihya Ulumuddin menjelaskan perbuatan membocorkan rahsia orang lain dan menjejaskan kehormatannya dengan cara membuka rahsianya yang tidak mahu diketahui orang lain dianggap sebagai perbuatan mengadu-domba dan fitnah. Mengenai berita benar dan berita tidak benar yang disebarkan tanpa kebenaran atau kerelaan orang berkaitan, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Adakah kamu semua mengetahui apakah ghibah (mengumpat)? Sahabat menjawab: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Lalu Baginda meneruskan sabdanya: Kamu berkata mengenai saudara kamu perkara yang tidak disenanginya. Lalu ditanya oleh seorang sahabat: Walaupun saya berkata perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya?’ Rasulullah bersabda lanjut: “Jika kamu berkata mengenai perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya bererti kamu mengumpatnya, jika perkara yang tidak berlaku pada dirinya bererti kamu memfitnahnya.” (Hadis riwayat Abu Hurairah)

Larangan mencari dan membocorkan rahsia orang lain jelas dilarang Allah seperti dijelaskan dalam firman-Nya bermaksud: “Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain.” (Surah al-Hujurat, ayat 12). Justeru, setiap Muslim perlu bijak menilai sesuatu berita bagi mengelak daripada menerima dan kemudian menyebarkan sesuatu berita berunsur fitnah.

Perkara pertama perlu diberi perhatian untuk memastikan kesahihan berita ialah memastikan sumber berita itu, yakni siapakah yang mula menyebarkan berita dan rantaian orang yang membawa berita itu. Umat Islam tentu tidak lupa pada sejarah menyebabkan kematian khalifah ketiga kerajaan Islam di Madinah iaitu Uthman Affan, yang berpunca daripada fitnah disebarkan kumpulan ekstremis agama.

Penyebaran fitnah turut menjadi penyebab kepada peperangan sesama Islam atau perang saudara ketika zaman pemerintahan Saidina Ali dan zaman selepas itu. Fitnah juga meruntuhkan kekuatan Bani Umaiyah malah, sejarah kejatuhan empayar besar kerajaan Melayu Melaka tidak terkecuali kerana fitnah. Ubat bagi penyakit hati ialah dengan memperbanyakkan taubat dan selalu berzikir.

HADIS NABI UNTUK RENUNGAN

Akhir zaman

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

Monday, March 21, 2011

JAWAPAN ANWAR IBRAHIM MENGENAI VIDEO LUCAH

VIDEO SEKS YANG DIKATAKAN ' ANWAR IBRAHIM ' VERSI DATUK T

Berita tarbaharu yang disebarkan oleh orang yang mahu dikenali sebagai Datuk
T bahawa " Anwar Ibrahim " melakukan seks dengan gadis cina . Berita ini sangatlah melukakan kawan-kawan dalam Pakatan Rakyat sekiaranya ianya bukan fitnah. Dalam menghadapi isu yang penuh dengan persoalan ini maka kita hendaklah merujuk kepada maksud ayat Quran di bawah :

" Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan." (al-Hujurat:6).

Wednesday, March 09, 2011

BETUL KE PENGARUH BN TELAH MENINGKAT ?

Dalam Pilihanraya Kerdau dan Merlimau baru-baru ini , BN telah memenangi kedua-dua kerusi dun tersebut. Sebenarnya BN mengekalkan kerusi lamanya sahaja. Walupun majoriti bertambah tetapi pertambahan tersebut adalah hasil dari fitnah dan ugutan yang dilakukan oleh BN. Jadi BN sebenarnya tidak boleh bermegah sangat dengan kemenangan itu. Kemenangan yang tidak bermaruah

TUNGGULAH PRU 13 , BN BARU AKAN TAHU LANGIT ITU TINGGI ATAU RENDAH.

Monday, March 07, 2011

MEMANG LAYAK UMNOBN MENANG

Tahniah kepada KERAJAAN MALAYSIA kerana memenangi Merlimau dan Kerdau dengan majoriti yang bertambah. Memang layak. Dari mula lagi sauya mengatakan UMNOBN memang akan menang kerana :
1. Keperluan kebendaan rakyat diberikan secara percuma .
2. Bukan setakat beri tapi hantar barang sampai ke rumah - beruntunglah kau orang.
3. Duit diberi oleh wakil BN kepada pengundi.
4. Sumbangan dari Pejabat Kebajikan Masyarakat
5. Sumbangan dari Felda
6. Projek jalanraya.
7. Projek pembinaan masjid , ganti masjid lama.
8. Sumbangan dari Pejabat Pelajaran
9. Dan banyak lagi yang saya sendiri tak dapat nak bagi tahu.

Calon PAS pula tidak dapat melakukan itu semua. Diantaranya :
1. Calon PAS tak berupaya nak bagi duit kepada pengundi.
2. Nak buat projek jalanraya - bukan kerajaan memerintah
3. Nak buat masjid PAS tak ada duit.


Ditambah pula oleh pengunaan media massa yang maksima seperti :
1. Utusan Malaysia
2. Berita Harian
3. Sinar Harian
4. TV3
5. TV1
6. TV2
7. RTM

Dan jentera kerajaan dikerah sepenuhnya di kedua-dua tempat tersebut seperti:

1. Seluruh menteri dengan memberi janji-janji yang menyenangkan telinga pengundi.
2. SPR yang berat sebelah
3. Jabatan Pelajaran dan banyak lagi.

Pendek kata memanglah layak KERAJAAN MALAYSIA menang DI Merlimau dan Kerdau.
Tetapi yang memusykilkan saya ialah , mengapa ada lagi yang memangkah PAS . Sepatutnya BN menang lebih besar lagi , baru padan dengan usaha yang maksima itu. Kepada PAS saya katakan LA TAHZAN, kerana PAS telah melawan jentera Kerajaan MALYSIA.

Sunday, March 06, 2011

TERKEJUTKAH BILA BN MENANG DI MERLIMAU DAN KERDAU ?

Memang Barang Naik(BN) akan menang di Kerdau dan Merlimau.Ini adalah kerana dari pemerhatian saya BN telah melakukan sesuatu diluar dari kebiasaan BN.Semua perkara yang dilakukan semasa pilihanraya ini adalah kerja-kerja yang memikat hati pengundi. Sebelum pilihanraya kecil ini terjadi, BN tak buat apa-apa. Di bawah disenaraikan perkara yang dibuat/dilakukan oleh UMNO?BN untuk rakyat dikedua-dua tempat tersebut :
1. Keperluan kebendaan rakyat diberikan secara percuma .
2. Bukan setakat beri tapi hantar barang sampai ke rumah - beruntunglah kau orang.
3. Duit diberi oleh wakil BN kepada pengundi.
4. Sumbangan dari Pejabat Kebajikan Masyarakat
5. Sumbangan dari Felda
6. Projek jalanraya.
7. Projek pembinaan masjid , ganti masjid lama.
8. Sumbangan dari Pejabat Pelajaran
9. Dan banyak lagi yang saya sendiri tak dapat nak bagi tahu.

Calon PAS pula tidak dapat melakukan itu semua. Diantaranya :
1. Calon PAS tak berupaya nak bagi duit kepada pengundi.
2. Nak buat projek jalanraya - bukan kerajaan memerintah
3. Nak buat masjid PAS tak ada duit.

Jadi bagaimana PAS nak menang dalam pilihanraya ini .
Tambahan pula UMNO/BN telah menggunakan :
1. Utusan Malaysia
2. Berita Harian
3. Sinar Harian
4. TV3
5. TV1
6. TV2
7. RTM
8. Seluruh menteri dengan memberi janji-janji yang menyenangkan telinga pengundi.

Jadi , takkanlah UMNO/bn tidak menang. Bukan setakat menang , tetapi dengan majoriti yang banyak. Mungkin PAS akan kehilangan wanga pertaruhan.Sepatutnyalah.

Sekiranya BN menang maka ianya menjadi perkara biasa.Nilai beritanya sangat rendah. Kalau sekiranya PAS dapat mengurangkan majoriti BN maka sebanarnya BN sudah menanggung kamaluan yang amat besar. Dok padan dengan usaha yang dicurahkan.Apatah lagi sekiranya PAS menang , maka kemaluan UMNO BN akan bertambah besar. Saya menjangkakan UMNOBN akan tidak kalah , cuma PAS yang tidak menang.

Saya tidak akan terkejut sekiranya BN tidak kalah di Merlimau dan Kerdau tetapi saya sangat terkejut sekiranya PAS Menang di Merlimau dan Kerdau atau salah satu dimenangi oleh PAS.

MAKA KEMENANGAN PAS AKAN MENJADI BERITA BESAR DAN BERNILAI TINGGI.