Friday, October 08, 2010

SPR MEMBELA DIRI DENGAN MENGATAKAN SEMUA PERKARA TELAH DIAMBIL KIRA , BETUL KE ?

Laporan Star online - bahasa Malayu hari ini  (8/10/2010)  mengatakan bahawa pihak SPR telah mengambil kira semua perkara dalam penetapan tarikh pilihanraya Galas yang jatuh pada 4/11/2010  hari Khamis.  Pemilihan tarikh tersebut bagi memudahkan pemilih keluar mengundi. Inilah alasan SPR.

Maka saya ingin bertanya balik kepada SPR khususnya Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar :

1. Hari Khamis yang dipilih adalah hari berkerja , jadi tidakah ini menyusahkan rakyat atau pemilih keluar mengundi ?
2. Tidakkah sebahagian besar tempat mengundi adalah di sekolah, jadi bagaimana dengan murid di sekolah yang terlibat dengan Pusat Mengundi, adakah ini menyenangkan murid sekolah yang ibubapanya sebagai pengundi.
3. Bagaimana pula dengan pengundi yang tinggal di luar Galas, adakah ini memudahkan mereka balik mengundi , kerana  hari itu adalah hari bekerja.

Jadi berdasarkan soalan-soalan tersebut , dimanakah rasionalnya jawapan Timbalan Pengerusi SPR itu yang mengatakan pemilihan tarikh itu untuk menyenangkan pengundi ? Alasan yang sangat tidak logik. Yang sebenarnya perkiraan utama SPR ialah bagaimana untuk menolong UMNO supaya boleh menang di Galas.

Saya merasakan komen  MB Kelantan YAB Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat adalah satu kebenaran. Memang SPR berat sebelah , pertimbangan utama SPR adalah untuk membantu UMNO.