Friday, February 25, 2011

PERHATIAN KEPADA PELAJAR MALAYSIA YANG PULANG DARI MESIR

Jumaat Februari 25, 2011

Penuntut Malaysia Boleh Kembali Ke Mesir Mulai 12 Mac

KUALA LUMPUR: Penuntut Malaysia yang sedang mengikuti pengajian di beberapa universiti di Mesir boleh kembali ke negara itu untuk menyambung pengajian mereka mulai 12 Mac ini.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata keputusan itu dicapai hasil pertemuan pasukan khas negara dengan universiti-universiti di negara itu sejak Ahad lepas hingga Khamis bagi menentukan tarikh mula pengajian.

Penuntut bagaimanapun diminta menunggu pengumuman daripada Majlis Keselamatan Negara mengenai kepastian tahap keselamatan di Mesir sebelum kembali ke sana, katanya dalam kenyataan di sini, Jumaat.

Mohamed Khaled berkata hasil pertemuan dengan universiti di sana itu, pihaknya dimaklumkan bahawa Universiti Kaherah akan memulakan semula pengajian perubatan peringkat pengajian pra klinikal dan klinikal pada 12 Mac ini.

Begitu juga dengan Universiti Al-Azhar yang turut memulakan pengajian program pergigian pra dental pada hari yang sama, katanya.

Mohmaed Khaled berkata program perubatan di semua peringkat pengajian di Universiti Al-Azhar pula akan bermula pada 15 Mac, manakala penuntut program Pengajian Islam perlu mendaftar semula selewat-lewatnya 8 April.

Beliau berkata Universiti Iskandriah akan memulakan pengajian farmasi mulai 17 Mac dan diikuti program pra klinikal perubatan pada 19 Mac, klinikal pada 26 Mac dan pergigian pada 2 April.

Universiti Mansurah pula akan memulakan pengajian bagi program perubatan klinikal bermula 15 Mac dan pra klinikal pada 19 Mac, manakala program pergigian dan farmasi pula bagi semua peringkat pengajian bermula pada 19 Mac.

Bagi program perubatan, pergigian dan farmasi di Universiti Tanta, Zagazig dan Ain Shams, tarikh pengajian akan bermula pada 15 Mac bagi semua peringkat pengajian, katanya. -
BERNAMA

Tuesday, February 22, 2011

BOB LOKMAN - SEMOGA KITA TERUS BERSAMA DUNIA DAN AKHIRAT

Semangat baru Bob Lokman selepas sertai Pas



SHAH ALAM - Pelakon dan penulis lirik terkenal, Bob Lokman mendapat semangat baru selepas menyertai Pas sehingga terfikir kenapa beliau dijadikan oleh Allah.

Katanya, selepas menyertai parti politik itu perasaannya sangat lega dan menganggap dirinya sudah diterima untuk bekerja oleh Allah.

“Pagi tadi bila ada kawan-kawan yang bertanya mengapa aku sertai Pas, aku tahu bahawa aku sudah diterima untuk bekerja oleh Allah.

“Inilah masanya untuk berubah dan mengubah sebahagian besar kenalan, kepada jalan baru bagi mereka yang fasiq,” katanya katanya dalam entry terbaru blognya http://boblokman.blogspot.com.

Menceritakan pengalaman ketika menghantar borang keahlian Pas kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak, Bob berkata, beliau mengalirkan air mata kerana merasakan kehangatan persaudaraan yang dihulur ahli parti itu.

“Aku menjadi insaf di kalangan anak-anak muda Pas yang ‘ragged’ tetapi ikhlas dalam perjuangan.

"Terasa diperhatikan mereka bila merasakan seperti seluruh hidupku sebelum ini diselubungi syahwat keduniaan.

“Terlintas juga dibenakku, mungkin kerana anak-anak muda inilah orang bijak pandai menolak Pas,” katanya.

Katanya, beliau akan menjadikan Pas sebagai wadah perjuangan untuk mempopularkan Allah kepada mereka yang belum mengenali kekuasaan Nya.

“Belum ramai yang menerima Islam sebenar. Kalau tidak sudah tentu Malaysia diperintah oleh Ulama’.

“Dan kali ini aku bersedia untuk berjuang dengan Pas, dan aku bersedia untuk kalah setelah menjalankan segala syarat- syarat perjuangan,” katanya.

Bob Lokman minggu lalu mengejutkan banyak pihak apabila hadir ke himpunan besar Pemuda Pas di Alor Setar bagi menyertai parti Islam itu kelmarin.
- SH 22/2/2011

MUET 3 x SETAHUN

MUET Ditawarkan Sebanyak Tiga Kali Setahun Mulai Tahun Depan

KUALA LUMPUR: Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) akan menawarkan ujian Malaysian University English Test (MUET) sebanyak tiga kali setahun mulai tahun depan.

Pengerusi MPM Prof Tan Sri Dr Dzulkifli Abdul Razak berkata bilangan sesi ujian ini ditambah bagi menampung keperluan dan permintaan pelanggan yang semakin bertambah setiap tahun.

"Peningkatan kepada bilangan pelanggan menunjukkan petanda yang baik terhadap keperluan MUET ini.

"Mulai tahun depan, sesi ujian dijalankan pada Mac, Julai dan November berbanding sebelum ini sebanyak dua sesi pada April dan November sahaja," katanya kepada pemberita ketika pengumuman keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan Anugerah Pelajar Cemerlang STPM dan MUET 2010, di sini hari ini.

Seramai 94,117 calon menduduki MUET pada akhir tahun lepas, iaitu peningkatan sebanyak 13.15 peratus berbanding jumlah calon MUET pertengahan tahun iaitu sebanyak 81,743 calon.

Beliau berkata secara keseluruhan, prestasi calon MUET akhir tahun telah meningkat sebanyak 46.02 peratus calon, mendapat Band 3 atau lebih baik berbanding dengan 33.87 peratus pada MUET pertengahan tahun lepas

Pada majlis hari ini, dua pelajar cemerlang MUET pertengahan dan akhir tahun lepas turut diberikan ganjaran iaitu Lim Yi Wen dari Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist (ACS) Ipoh dan Ding Choon Ken dari Universiti Multimedia (B), Cyberjaya. Kedua-dua pelajar ini mendapat keputusan Band 6 dalam peperiksaan MUET 2010.
- BERNAMA

Monday, February 14, 2011

TIDAK ADA MANUSIA YANG SEMPURNA SALAH DAN SILAP PERKARA BIASA

Nampaknya YB Mustafa Mohamad ini tidak ada modal lain nak perhudoh Kerajaan Kelantan. Memanglah tidak dinafikan mungkin perkara itu ada berlaku. Dalam dunia tanpa sempadan ni, tidak ada apa yang boleh di sekat.Kebanyakan gejala maksiat dan perjudian ini sebenarnya adalah mereka terpengaruh dengan apa yang dilihat , didengar dan dibaca.TV unpamanya sangat besar pengaruhnya kepada penonton. Jadi, apa yang hendak diherankan , rancangan TV di bawah kerajaan pusat, tengoklah hidangan rancangan yang disajikan. Begitulah juga dengan internet.

Jadi kalau nak kata kerajaan Kelantan saja yang MALU kerana berlakunya gejala yang dimaksudkan maka sepatutnya KERAJAAN PUSAT lebih-lebih tinggilah MALU nya.Sebab dia yang mengusai Kerajaan Pusat. Lesen judi bukan kerajaan Kelantan lulus , tapi kerajaan pusat. Nak kata ke Kelantan , muka mung pun kena jugak. Kalau Kerajaan Kelantan kurang berjaya menghapuskan gejala tak sihat tersebut, maka sebahagian puncanya terletak pada Kerajaan Pusat.



Kelantan bukan bersih segala-galanya: Mustapa

KOTA BHARU - Pendedahan media mengenai terdapatnya penjualan tiket loteri haram dan pelacuran yang masih bergerak bebas di bandar ini membuktikan Kelantan bukanlah negeri bersih segala-galanya.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, pemimpin kerajaan negeri daripada Pas perlu mengakui mereka sebenarnya telah gagal membasmi gejala itu serta merasa malu dengan keadaan tersebut.

"Ini bukan perkara baru kerana ia berlaku secara tidak berselindung lagi dan jika mendakwa Kelantan adalah negeri berlandaskan Islam, perkara itu perlu ditangani segera.

"Pendedahan media ini membuktikan segalanya bahawa gejala judi dan maksiat masih gagal ditangani dan ia agak memalukan kerana berlaku di negeri yang kononnya ditadbir secara Islam," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Gelombang Merah peringkat Parlimen Kubang Kerian di sini, hari ini.-Bernama

SH

Saturday, February 12, 2011

SATU LAGI PRK DI PAHANG - PRK KE 16

Dengan kematian ADUN Kerdau , maka bersiaplah orang-orang Kerdau , ketahuilah anda akan mendapat banyak manfaat.Anda akan diberi berbagai-bagai kemudahan , berbagai-bagai benda dan kehendaka anda akan dikabulkan oleh "santa clause" yang akan datang.

Oleh kerana itu mintalah apa saja,santa clouse tersebut akan tunaikan. Tapi kena ingat , beri syarat kepadanya - beri sebelum hari mengundi, kalau selapas hari mengundi maka jangan percaya dengan apa yang dia orang janjikan.

Tetapi walau apapun, tuan-tuan , puan-puan , saudara , saudari pengundi DUN Kerdau
mesti ingat : JANGAN UNDI PARTI SANTA CLAUS TERSEBUT.

ADUN KERDAU MENINGGAL DUNIA

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kerdau, Datuk Zaharuddin Abu Kassim meninggal dunia setelah terjatuh di bilik air di kediamannya kira-kira pukul 6.30 petang.

Zaharuddin, 63, pernah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) pada 9 Mei tahun lalu setelah berlaku masalah pada buah pinggang dan jantungnya selepas menjalani pembedahan ulser usus di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh.

Beliau meninggalkan balu, Datin Rozlifah Ahmad, 33, yang baru dikahwininya tahun lalu. Timbalan Ketua Polis Temerloh, Supt. Zundin Mahmood mengesahkan kematian tersebut.

AKHIRNYA HOSNI MUBARAK AKUR DENGAN KEHENDAK RAKYAT

Alhamdulillah , punca penyakit utama Mesir sudah lepas jawatan. Berambuslah engkau Mubarak. Engkaulah punca yang menyebabkan pelajar Malaysia dan dari seluruh dunia terpaksa tinggalkan kuliah balik ke negeri masing-masing. Kehadiran engkau bukan saja menyusahkan rakyat Mesir tetapi seluruh ibu bapa yang menghantar anaknya ke Al Azhar.

Engkaulah yang menyebabkan lebih 30 orang rakyat kamu sendiri mati ketika tunjuk perasaan. Yang cedera tidak terkira lagilah banyaknya. Sekarang tentera ambil alih . Sampai bila pula keadaan ini akan berlaku. Janji diawal pengambilan kuasa , sangatlah sedap didengar. Kita harap tentera yang ambil alih kuasa ini tidak akan melakukan perkara yang membebankan rakyat sebagimana Mubarak.

Buat masa sekarang , saya meramalkan tentera akan jadi macam Mubarak juga, atau mungkin lebih teruk dari Mubarak. Saya berharap Ikhwan Muslimin akan akan diberi peranan dalam kerajaan baru Mesir.

Friday, February 11, 2011

6 BIJI KAPAL PERONDA 6 BILLION.

APA PENDAPAT KAU ORANG ?

KUALA LUMPUR: Pembelian enam unit kapal peronda generasi kedua (SGPV-LCS) yang bernilai RM6 bilion bagi kegunaan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menepati keperluan semasa, terutamanya dalam tugas melindungi kedaulatan dan keselamatan perairan negara yang semakin mencabar kata Panglima TLDM, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar.

APA SUDAH JADI JALAN YAHYA AHMAD , BILA SIAP DAAA.

Berapa tahun lagikah kontaraktor Jalan Yahya Ahmad Dungun akan menyiapkan kerja naik taraf jalan tersebut. Jalan lebihkurang 2 kilometer tetapi dua tahun lebih doh , tak siap lagi. Nak tunggu sampai 4 tahun ke ?

Wednesday, February 02, 2011

APA SUDAH JADI DENGAN KERAJAAN MALAYSIA

Pelajar Malaysia telah mengalami berbagai masalah kerana Revolusi Di Mesir sekarang. Keadaan huruhara telah lebih dari 10 hari. Hari ini 1/2/2011( Lihat kenyataan Bernama di bawah )baru kerajaan nak fikir cara untuk bantu pelajar. Saya ada dua orang anak yang sedang belajar di Mesir, dalam keadaan sekarang adakah mudah bagi pelajar untuk pergi ke pelabuhan kapal laut atau ke lapangan terbang , untuk keluar rumah pun mereka takut diganasi oleh anasir yang tidak diingini.

Saya sangat sedih dengan tindakan kerajaan Malaysia hari ini dalam menangani nasib pelajar kita di Mesir. Di manakah rakyat didahulukan ? Kalau kerajaan lain yang lebih miskin dari Malaysia seperti Indonesia telah mengambil tindakan awal menyelamatkan pelajar mereka , tetapi Kerajaan Malaysia baru memikirkan cara untuk membantu pelajar kita di Mesir. Sungguh malang Malaysia mempunyai PM seperti Najib ini.

Kepada anakku Mohd Kamaruzaman dan Muhammad Luqman  dan semua pelajar Malaysia yang masih lagi berada di Mesir , bersabar, banyakan membaca Al Quran , berdoa kepada Allah , simpan dokumen-dokumen penting , ingatlah ini merupakan taqdir dari Allah. Baba dan Mama serta adik-adik hanya mampu berdoa untuk keselamatan anakanda berdua dan juga seluruh pelajar di Mesir. YA ALLAH BERILAH KEKUATAN KEPADA MEREKA DALAM MENGHADAPI KEADAAN YANG GETIR ITU. ALLAHUAKBAR.


Malaysia timbang guna kapal TLDM bantu pelajar dari Mesir

LABIS, 1 Feb — Kerajaan sedang menimbang menggunakan kapal serba guna Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang sedang bertugas di Teluk Aden, Timur Tengah, untuk operasi pemindahan pelajar-pelajar Malaysia yang kini berada di Mesir.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kapal terbabit akan diguna untuk memindahkan pelajar Malaysia di Mesir ke Jeddah, Arab Saudi, bagi membolehkan mereka menaiki penerbangan pulang ke Malaysia.

“Kita mempunyai pelan untuk menggunakan aset Angkatan Tentera Malaysia termasuk kapal TLDM yang sedang meronda di Teluk Aden, untuk membawa mereka keluar daripada Mesir,” katanya pada sidang akhbar selepas melawat mangsa banjir di Dewan Kampung Ayer Panas di sini, hari ini.

Najib berkata demikian ketika ditanya mengenai kebimbangan keluarga pelajar dan rakyat Malaysia yang kini berada di Mesir, berikutan keadaan yang semakin meruncing di negara Timur Tengah itu berikutan demonstrasi yang diadakan oleh rakyatnya bagi mendesak Presiden Hosni Mubarak berundur.

Kapal serba guna TLDM terbabit, KD Bunga Mas kini terlibat dalam operasi antilanun di Teluk Aden.

Ketika ini, terdapat lebih daripada 10,000 pelajar Malaysia berada di Mesir.

Perdana Menteri berkata, kerajaan telahpun menghantar rombongan pegawai kanan ke Mesir untuk meninjau keadaan terkini di negara terbabit dan memastikan rakyat Malaysia selamat.

Mengenai penggunaan pesawat kargo C-130 Hercules bagi membawa pulang rakyat Malaysia dari Mesir, beliau berkata ia tidak praktikal kerana pesawat kargo terbabit hanya mampu membawa 40 penumpang.

“Selain itu, kita juga tidak tahu (mengenai) krew yang bertugas di lapangan terbang Mesir itu,” katanya.

Najib berkata kerajaan memahami kebimbangan keluarga pelajar berkenaan tetapi kerajaan tidak boleh bertindak terburu-buru.

“Saya memahami perasaan ibu bapa yang risau (terhadap keselamatan anak mereka),” kata beliau. — Bernama