Tuesday, February 22, 2011

BOB LOKMAN - SEMOGA KITA TERUS BERSAMA DUNIA DAN AKHIRAT

Semangat baru Bob Lokman selepas sertai Pas



SHAH ALAM - Pelakon dan penulis lirik terkenal, Bob Lokman mendapat semangat baru selepas menyertai Pas sehingga terfikir kenapa beliau dijadikan oleh Allah.

Katanya, selepas menyertai parti politik itu perasaannya sangat lega dan menganggap dirinya sudah diterima untuk bekerja oleh Allah.

“Pagi tadi bila ada kawan-kawan yang bertanya mengapa aku sertai Pas, aku tahu bahawa aku sudah diterima untuk bekerja oleh Allah.

“Inilah masanya untuk berubah dan mengubah sebahagian besar kenalan, kepada jalan baru bagi mereka yang fasiq,” katanya katanya dalam entry terbaru blognya http://boblokman.blogspot.com.

Menceritakan pengalaman ketika menghantar borang keahlian Pas kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak, Bob berkata, beliau mengalirkan air mata kerana merasakan kehangatan persaudaraan yang dihulur ahli parti itu.

“Aku menjadi insaf di kalangan anak-anak muda Pas yang ‘ragged’ tetapi ikhlas dalam perjuangan.

"Terasa diperhatikan mereka bila merasakan seperti seluruh hidupku sebelum ini diselubungi syahwat keduniaan.

“Terlintas juga dibenakku, mungkin kerana anak-anak muda inilah orang bijak pandai menolak Pas,” katanya.

Katanya, beliau akan menjadikan Pas sebagai wadah perjuangan untuk mempopularkan Allah kepada mereka yang belum mengenali kekuasaan Nya.

“Belum ramai yang menerima Islam sebenar. Kalau tidak sudah tentu Malaysia diperintah oleh Ulama’.

“Dan kali ini aku bersedia untuk berjuang dengan Pas, dan aku bersedia untuk kalah setelah menjalankan segala syarat- syarat perjuangan,” katanya.

Bob Lokman minggu lalu mengejutkan banyak pihak apabila hadir ke himpunan besar Pemuda Pas di Alor Setar bagi menyertai parti Islam itu kelmarin.
- SH 22/2/2011

No comments:

Post a Comment