Thursday, December 31, 2009

010110 - TAHUN RAKYAT DIUTAMAKAN UNTUK KENAIKAN HARGA BARANG

Bemula hari pertama tahun  2010 rakyat Malaysia yang diutamakan oleh UBN bagi menjaga kebajikan rakyat dipaksa secara kasar untuk menerima dengan kenaikan sekurang-kurangnya dua perkara di bawah  :

1. Harga gula dinaikan dari RM1.45 kepada RM1.65 ( RM1.75 di Sabah dan Serawak ) mulai tahun baru 2010.
2. Bayaran kad kredit dikenakan RM50.00 setiap sekeping kad.

Selepas ini akan  kedengaran " nasihat " dari menteri-menteri dan ' orang-orang besar' yang berkuasa supaya :
1. Jangan makan gula banyak , nanti terkena penyakit kencing manis.
2. Gula tidak sihat untuk dimakan/minum.
3. Harga gula negara kita adalah yang terendah dalam dunia, maka naik sikit , tak apalah
4. Kerajaan telah memberi subsidi kepada tokeh gula ,kalau tidak, harga gula akan lebih tinggi lagi.
5. Kerajaan sebenarnya sangat perihatin terhadap kesusahan rakyat. Dan banyak lagi kata-kata yang menyokong kenaikan gula ini.
6. Pasaran gula antarabangsa telah melambung .

Untuk bayaran RM50.00 bagi sekeping kad kredit , maka kerajaan UBN akan kata :
1. Kad kredit hanya dipakai oleh orang kaya sahaja, orang miskin tak pakai kad kredit. Apa susah'
2. Kalau sanggup pakai kad kredit , mengapa tak sanggup bayar cukai kepada UBN/kerajaan.Berani pakai beranilah bayar.
3. Bayaran yang dikenakan adalah untuk setahun , jadi setiap bulan penggunakan kad kredit akan hanya bayar tidak sampai RM5.00. Bukan banyak sangat, apa susah.
4. Dan banyaklah lagi alasan yang akan diberi oleh " orang yang bijak menipu rakyat ni.'

INILAH  DI ANTARA HADIAH YANG SUNGGUH ISTIMEWA  DARIPADA KERAJAAN YANG MENGUTAMAKAN RAKYAT. BN menang tok wakil UMNO SENANG.
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2010.

Monday, December 28, 2009

AKSI CUCU YANG MENCUIT HATIKU

( Siri 4 )
Zaman kanak-kanak merupakan zaman yang menyeronokkan. Tiada tanggungjawab, tiada komitmen yang perlu dilakukan. Bagi seorang tokki, cucu merupakan penghibur hati. Aksi cucu sungguh menghiburkan. Sejauh manakah kenyataan ini boleh diterima , terpulanglah kepada ' tokki dan atok-atok' yang berkenaan.

Ada ibubapa yang buang anak, ada tokki yang rogol cucu dan lain-lain yang pelek-pelek sebagai tanda akhir zaman. Inilah aksi cucuku.



 







 

 

 

Sekian untuk kali ini.

Thursday, December 24, 2009

Puisi Rasa

KEMATIAN

Kematian yang datang
Pastinya tiada penghalang
Bila saatnya tiba
Makhluknya terpaksa terima
Walau apapun usaha
Walau apapun ikhtiar
Bila sampai masanya
Tidak boleh lari
Maut akan tiba
Roh berpisah jasad
Maknanya meninggal
Itulah akhirnya hidup di mayapada
Sebelum dinyawakan semula
Di akhirat bagi disukat
Amal ibadat
Dosa dan mungkar
Ditimbang dan dihisab
Ringan dan berat
Ibadat dan mungkar yang dibuat
Ketika bernyawa di dunia.
Sebelum datang akhirat.

6 Muharam1431
23 December 2009

Tuesday, December 22, 2009

Kejadian Ngeri - Kemalangan di Telupid Sabah





 

Sekadar renungan. Tetapi manusia tidak pernah mengambil pengajaran, kalau ingatpun hanya seketika.

Monday, December 21, 2009

APA SUDAH JADI ?

KDN pantau pergerakan 89,000 pelajar asing

Oleh Khairul Azran Hussin
khaiazr@bharian.com.my

KUALA LUMPUR: Pergerakan 89,000 pelajar asing di negara ini sedang dipantau termasuk membatalkan pas pelajar serta-merta jika peratusan kehadiran mereka di kuliah tidak sampai 40 peratus, kata Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Mahmood Adam.

Katanya, langkah itu diambil bagi mengelakkan pelajar terbabit menyalahgunakan pas pelajar untuk melakukan kegiatan jenayah dan aktiviti tidak bermoral.

“Ramai pelajar asing belajar di universiti dan kolej universiti swasta dan kolej swasta di seluruh negara. Satu pertemuan sudah diatur dengan bahagian pendaftar semua pusat pengajian swasta bagi membincangkan isu itu.

“Mereka perlu melaporkan kepada imigresen dan kementerian jika seseorang pelajar asing berkenaan tidak menghadiri kelas dalam tempoh tertentu supaya kita boleh mengesan pelajar itu,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai usaha KDN untuk mengatasi isu penyalahgunaan pas pelajar asing.

Mahmood berkata, usaha kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan ilmu tidak harus disalahgunakan oleh pihak tertentu dengan membawa masuk pelajar asing yang tidak berkualiti.
Beliau berkata, KDN kini sedang memperketatkan pemberian pas kerana ada pelajar asing yang mendapat kemudahan seperti itu tetapi menyalahgunakannya.

“Pihak penguat kuasa seperti Jabatan Imigresen dan agensi lain yang terbabit akan memantau keadaan dan sekiranya perlu, KDN akan batalkan pas pelajar serta-merta, selain bertindak mengusir mereka keluar dari negara ini.

“Saya kecewa dengan sikap institut pengajian swasta yang terlampau mementingkan keuntungan sehingga sanggup menerima warga asing yang tidak berkualiti untuk melanjutkan pelajaran,” katanya.

Katanya, institut pengajian tinggi (IPT) yang gagal memaklumkan kepada KDN dan kementerian berkaitan mengenai pelajar asingnya ponteng kuliah dalam tempoh tertentu, tidak akan dibenar mengambil pelajar asing baru pada masa akan datang.

Sedikit komen :
Nampaknya kemasukan pelajar asing sudah mula menimbulkan penyakit baru. Nampaknya Kementerian Pengajian Tinggi telah gagal dalam memantau kolej swasta yang begitu mudah mengambil pelajar asing. Atau ada apa-apa ke dengan KPT atau kementerian lain. Masuk dengan visa belajar , tapi buat kerja lain. Tindakan perlu diambil segera, sebelum nasi jadi bubur.

Sunday, December 20, 2009

PANDANGAN JAMBATAN DUNGUN DARI KAMPONG SEBERANG PINTASAN

Siri 3

Pemandangan ini diambil dari sebelah kiri jambatan Kg. Seberang Pintasan. Nampak dengan jelas Flat Kg. Bijangga Dungun. Selamat menikmati pemandangan yang indah ini.











 

Pemandangan di bawah Jambatan Dungun

 

 

 

Thursday, December 17, 2009

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN HIJRAH 1431

TERUSKAN PERJUANGAN UNTUK MENEGAKKAN ISLAM


Jangan lupa baca doa akhir tahun dan doa awal tahun semoga kita mendapat keberkatan daripada Allah.
17/12/2009

Saturday, December 12, 2009

MENGHARAP REDHA ILLAHI

Dalam kehidupan
Makhluk ciptaan Tuhan
Tidak dapat dihindarkan
Tidak dapat dipisahkan
Antara sihat dan sakit
Antara segar dan layu
Antara duka dan gembira
Pasti akan ditemui
Oleh sesiapa sahaja yang bernama makhluk
Sebagai orang yang beriman
Semua dugaan adalah ujian Illahi
Bagi menyukat sabar meningkatkan keinsafan
Bahawa kita adalah makhluk Tuhan
Bahawa hidup di dunia tidaklah kemana
Ia hanya sekadar sementara
Ianya sekadar ujian rasa dan penentuan keimanan
Atau menzahirkan kegagalan dalam kepercayaan
Wahai Tuhan Penguasa Alam
Berilah kami kekuatan
Berilah kami taufik dan hidayah Mu untuk kehidupan kami
Sementara makhluk menunggu mati
Terimalah kami dengan redhaMU Illahi

24 zULHIJJAH 1423= 12 dISEMBER 2009

Thursday, December 10, 2009

MERASAI KEINDAHAN KUALA DUNGUN DARI ATAS JAMBATAN DUNGUN TERENGGANU

Siri 2

Foto -foto di bawah adalah disnap dari atas Jambatan Dungun . Nikmatilah rasa keindahan tersebut dengan mata dan perasaan anda. Rasai sendirilah keindahannya. Selamat MERAASAA.



 

 

 

 

 sEKIAN.

Tuesday, December 08, 2009

PERJALANAN KE ARIL PAUH LIMA BACHOK KELANTAN

Kami bertolak dari Dungun pada pukul 7.45 pagi 7/12/2009  ke Aril Pauh Lima untuk majlis " sambut 'natu ". Sembilan buah kereta terlibat dalam rombongan ini. Rombongan ini adalah terdiri daripada 'waris waroh belake'. Ketibaan kami disambut oleh keluarga sebelah pengantin lelaki pada pukul 11.38 pagi. Kami pulang   pada pukul 3.15 petang .

Di bawah ini beberapa keping gambar majlis tersebut :



 

 

 

 

 

 

 



 



 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sekian adanya.

AMPUNKAN AKU

Adil dan zalim
Dua patah perkataan yang berbeza
ejaan dan sebutan
makna dan amalan dalam kehidupan
Dalam perlaksanaan harian
terhadap makhluk dan kehidupan
Adil membawa kepada suruhan Tuhan
Zalim  membawa makna durhaka kepada Tuhan
Apalah erti hidup dalam menderhakai Illahi
Arahan ditinggalkan
Larangan diamali.
Wahai hati wahai rasa
Duhai Allah Yang Maha Berkuasa mengampun 
Ampunlah aku sebelum roh berpisah
Ampunkan aku ampunkan aku ampunkan aku 

Sunday, December 06, 2009

ZIARAH TUAN HAJI ABD WAHAB YUNUS DI HOSPITAL PUTERAJAYA

Pada  5/12/2009 kami berempat telah ke HPJ .Tujuan kami ke HPJ ialah untuk menziarahi Tuan Haji Abd Wahab Yunus yang diserang  stroke ketika menghadiri Mesyuarat Peladang di KL.Kami bertolak dari Dungun pukul 7.30 pagi. Rombongan kami ini terdiri dari Haji Alias Harun , Haji Wan Hapandi dan Mohd Amin Hamid serta Faisal . Kami sampai di HPJ lebih kurang pukul 12.50 tengahari. Kami berada di HPJ sehingga pengawal keselamatan HPJ datang meminta kami beredar kerana waktu melawat telah habis iaitu pukul 2.00 petang.

Inilah beberapa keping foto bagi mencerita keadaan Tuan Haji Abd Wahab Yunus.


 Singgah di Kemaman - makan nasi dagang - makan pagi.
 
 Sampai di tempat parking HPJ
 
 Bergambar kenagan di tempat parking HPJ
 
 Tuan Haji Alias Harun menyantuni Tuan Haji Abd Wahab Yunus
 
 Bergambar ramai bersama Tuan Haji Abd Wahab Yunus di bilik No. 4 HPJ

 Kami bertolak ke Dungun pukul 3 petang setelah beliau dibenarkan pulang oleh HPJ- sampai di Dungun pukul 11.00 malam. Semoga Allah  memberi kesejahteraan kepada beliau untuk terus melibatkan diri dalam kegiatan kebajikan dalam masyarakat.

Friday, December 04, 2009

MAJLIS KHITAN DUN SURA 2009

Majlis Khitan Kanak-Kanak  DUN Sura 2009 telah diadakan di Surau Ustaz Omar Syukri pada 4 dan 5/12/2009. Majlis ini telah dimualakan dengan solat hajat pada malam 3/12/2009 di surau tersebut. Perasmian majlis tersebut telah disempurnakan oleh YB ADUN Sura Us. Wan Hasan Mohd Ramli.

Majlis ini diuruskan oleh Sdra Mazait. Sambutan daripada masyarakat sangat menggalakan. Lebih dari 70 orang kanak-kanak akan disunatkan pada tempoh tersebut. Ini merupakan salah satu khidmat masyarakat dari MTD Sura untuk masyarakat. Walaupun dikenakan bayaran , tetapi bayarannya adalah lebih murah daripada lain-lain tempat persunatan.

Bagi menceritakan kedaan tersebut , foto dibawah ini menjelaskannya.


 Majlis solat hajat dan perasmian majlis oleh YB Us. Wan Hasan ( Berjubah hitam /Duduk )

  
Pengarah dan merangkap mudim sedang berucap
 
 Di antara peserta persunatan
 
 Peserta persunatan sedang menunggu giliran . Mungkin ada yang berdebar-debar.
 
 Salah seorang peserta yang baru selesai menghadapi 'cabaran bersunat'
 
 Pengurus program dan pembantu sedang menjalankan tugas permudiman.
 
 Peserta yang sudah selesai
 
Mukanya selamba sahaja , tidak membayangkan kesakitan. Hebat-hebat. 
Sedang dipimpin ayahnya setelah selesai dikhitankan .

Sekian.