Monday, December 21, 2009

APA SUDAH JADI ?

KDN pantau pergerakan 89,000 pelajar asing

Oleh Khairul Azran Hussin
khaiazr@bharian.com.my

KUALA LUMPUR: Pergerakan 89,000 pelajar asing di negara ini sedang dipantau termasuk membatalkan pas pelajar serta-merta jika peratusan kehadiran mereka di kuliah tidak sampai 40 peratus, kata Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Mahmood Adam.

Katanya, langkah itu diambil bagi mengelakkan pelajar terbabit menyalahgunakan pas pelajar untuk melakukan kegiatan jenayah dan aktiviti tidak bermoral.

“Ramai pelajar asing belajar di universiti dan kolej universiti swasta dan kolej swasta di seluruh negara. Satu pertemuan sudah diatur dengan bahagian pendaftar semua pusat pengajian swasta bagi membincangkan isu itu.

“Mereka perlu melaporkan kepada imigresen dan kementerian jika seseorang pelajar asing berkenaan tidak menghadiri kelas dalam tempoh tertentu supaya kita boleh mengesan pelajar itu,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai usaha KDN untuk mengatasi isu penyalahgunaan pas pelajar asing.

Mahmood berkata, usaha kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan ilmu tidak harus disalahgunakan oleh pihak tertentu dengan membawa masuk pelajar asing yang tidak berkualiti.
Beliau berkata, KDN kini sedang memperketatkan pemberian pas kerana ada pelajar asing yang mendapat kemudahan seperti itu tetapi menyalahgunakannya.

“Pihak penguat kuasa seperti Jabatan Imigresen dan agensi lain yang terbabit akan memantau keadaan dan sekiranya perlu, KDN akan batalkan pas pelajar serta-merta, selain bertindak mengusir mereka keluar dari negara ini.

“Saya kecewa dengan sikap institut pengajian swasta yang terlampau mementingkan keuntungan sehingga sanggup menerima warga asing yang tidak berkualiti untuk melanjutkan pelajaran,” katanya.

Katanya, institut pengajian tinggi (IPT) yang gagal memaklumkan kepada KDN dan kementerian berkaitan mengenai pelajar asingnya ponteng kuliah dalam tempoh tertentu, tidak akan dibenar mengambil pelajar asing baru pada masa akan datang.

Sedikit komen :
Nampaknya kemasukan pelajar asing sudah mula menimbulkan penyakit baru. Nampaknya Kementerian Pengajian Tinggi telah gagal dalam memantau kolej swasta yang begitu mudah mengambil pelajar asing. Atau ada apa-apa ke dengan KPT atau kementerian lain. Masuk dengan visa belajar , tapi buat kerja lain. Tindakan perlu diambil segera, sebelum nasi jadi bubur.

No comments:

Post a Comment