Sunday, May 30, 2010

CUCU KEDUAKU YANG BERUMUR SEHARI



Pagi hari Ahad 30/05/2010 cucu kedua ku selamat dilahirkan . Cucu kedua ini adalah puteri. Inilah gambar yng sempat diambil dirumah datuknya di Chendering, Terengganu.








Sekian untuk kali ini.

Sunday, May 23, 2010

SANDIWARA SPRM

 NAJIB DISIASAT OLEH SPRM


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari mengesahkan bahawa siasatan sedang dijalankan ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung "You help me, I help you" semasa kempen pilihan raya Sibu.

Siasatan SPRM ini merujuk kepada satu majlis di Rejang Park, pada 15 Mei seperti mana yang dilaporkan oleh akhbar harian bahasa Inggeris Sunday Eastern Times.

Dalam majlis tersebut Najib ada menyebut perkataan seperti dibawah sebagaimana yang direkodkan oleh  Sunday Eastern Times.
“I want to make a deal with you. Can we have an understanding or not? The understanding is quite simple. I help you, you help me,” kata Najib.

bEGITULAH  "deal " Najib dengan pengundi Sibu.
Boleh ke SPRM mengambil  tindakan ke atas Najib. Nak panggil Najib untuk soal siasatpun saya rasa terberak SPRM. Satu lagi sandiwara SPRM. Tak berani punya. Tengoklah.

JUDI BOLA SEPAK PIALA DUNIA

UBN Masih Tidak Nampak Haramnya Judi

1. Kenyataan TPM melalui MM hari ini adalah jelas bahawa beliau tidak sensitif dengan ajaran Islam. Kerajaan akan kaji judi bola ini kerana desakan rakyat bukan kerana Islam mengharamkan judi.

2. Lebih malang lagi TPM setakat ini tidak ada maklumat mengenai desakan rakyat tersebut. Sampai begitu sekali TPM tidak cakna dengan rakyat yang turun berdemontrasi menentang judi bola.

3. Nampaknya TPM kita ni sangat tidak memberi perhatian  dengan isu yang berlaku dalam masyarakat. Bagimana beliau nak melaksanakan moto BN Rakyat didahulukan, sedang TPM tidak ada maklumat mengenai kebncian rakyat kepada judi bo0la.

4. Dalam Sinar Harian (TRG) muka surat n3 ada seorang yang bernama Datuk Shamsul Anuar Nasarah  ( kononnya bekas Presiden Majlis Belia Malaysia ..... tahun bila ? ) memberi pandangan bahawa lesen judi yang dikeluarkan oleh Selangor dan Pulau Pinang meningkat dua kali ganda berbanding dengan zaman UBN. Betul ke ni dato ? Lesen judi tidak diluluskan oleh kerajaan negeri, tetapi oleh Kemnterian Kewangan. Dato ni ada baca ke tidak . Malu lah seorang yang bertaraf bekas presden sangat jahil mengenai perkara ini. Tak tahu jangan komen nanti orang kata datok bodoh.

5. Kerajaan kena sedar bahawa judi adalah haram disisi Islam. Sama ia diberi lesen atau tidak. Janganlah nak kaji semula pemberian lesen judi bola ini semata-mata kerana desakan rakyat. Tetapi itulah hakikatnya UBN. Haram dan halal bukan menjadi pertimbangannya. Keutamaan bagi UBN ialah keuntungan. Dapat untung " semua hahal "

Tuesday, May 18, 2010

JUDI BOLA YANG DILULUSKAN OLEH UMNO-BN

Mantan wakil rakyat Umno desak batal judi bola


Mei 18, 10 5:36pm

Pertubuhan Mantan Wakil Rakyat Umno (PAKKU) mendesak kerajaan membatalkan serta merta lesen perjudian bola untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 yang akan berlangsung awal bulan depan.

Keputusan itu dibuat pada mesyuarat dewan tertinggi pertubuhan itu yang dipengerusikan presiden Tan Sri Adam Abdul Kadir dan dihadiri beberapa anggota lain antaranya bekas menteri pertanian Tan Sri Sanusi Junid dan bekas menteri kebudayaan, kesenian dan pelancongan Tan Sri Sabbaruddin Chik, kata naib presiden Tamrin Ghafar dalam kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.

Berjaya Corp dilaporan telah menerima kembali lesen perjudian sukan.

Pada 6 Mei, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata kerajaan mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen berkenaan bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.

-- Bernama

Komen :
 
Batalkanlah judi bola ini. Malaysia sudah banyak menyediakan pelbagai jenis judi. Kalaulah alasan membenarkan judi bola ini bagi memudahkan "kawalan" maka tidak mustahillah tidak lama lagi kerajaan UMNO/BN akan menghalalkan pelacuran yang diberi lesen demi memudahkan kawalan. TAKUTLAH BALA DARI ALLAH NANTI YANG AKAN MENIMPA SEMUA ORANG.

Sunday, May 16, 2010

TAHNIAH PAKATAN RAKYAT (DAP )

Tahniah DAP yang mewakili PR kerana berjaya menumbangkan UBN dalam pilihanrayakecil P212 Sibu. Walaupun majoritinya 398 tetapi ianya sudah lebih dari cukup untuk mengajar UBN yang sombong , angkuh  itu. Ini adalah pertanda masa hadapan yang cerah untuk Pakatan Rakyat.

Tokoh-tokoh UBN akan memberi berbagai alasan atas kekalahannya itu. Biarlah dia dengan alasanya. PR tak berjaya menumbangkan UBN di Hulu Selangor tetapi berjaya menumbangkanya di Sibu.

Gamak-gamaknya apakah Najib nak kata esok ? atau tak payah kata apa-apa. Tunggulah masanya akan sampai juga UBN akan tumbang sepenuhnya di Malaysia.

APAPUN KEPUTUSAN P212 SIBU UBN SEBENARNYA TELAH KALAH

Apa sebab saya kata UBN telah kalah walaupun diistiharkan menang oleh SPR malam ini , sebabnya ialah :

1. UBN telah menggunakan semua media memburukkan PR
2. Habis menteri dan P Menteri berulang alik ke Sibu
3. Macam-macam janji yang ditaburkan
4. Pegawai kerajaan digunakan sepenuhnya
5. Macam -macam cara dilakukan bagi menampakkan PR adalah pakatan yang ditolak rakyat.
6. Dan banyak lagi

Jadi , sekiranya UBn diistiharkan menang oleh SPR , UBN sebenarnya tidak gembira , kerana wang dan tenaga yang keluarkan adalah tidak berbaloi.  NASIB ENGKAULAH UBN.

Saturday, May 15, 2010

HARI GURU 2010

setiap masa berdepan murid
mengajar dan mendidik
fikir kaedah fikir cara
mengajar supaya murid berjaya
walaupun berbagai onak dan duri di kaki
guru mesti hadapi
walaupun tidak berkaki
Mendidik dan mengajar
tetap disanubari
menusuk ke dalam hati
Menghunjam tekad
mengharap berkat.

SELAMAT HARI GURU 2010

MANUSIA YANG SERBA ..

Dalam kehidupan
pagi dan petang
siang dan malam
Ada sahaja yang tak kena
Sentiasa panas ada merungut
sentiasa hujan ada yang bersungut
Tak puas hati pada cuaca
Tak puas hati pada diri
Tak puas hati kawan
tak puas hati pada orang
dan macam macam

Kepada yang beriman
kesabaran menjadi pegangan
Sesuatu kejadian penuh dengan hikmah dan pertunjuk.
Sama ada kena dengan kehendak hati
atau bercanggah dengan impian
semuanya diterima dengan terbuka
Kerana Allah sedang memberi pahala.