Tuesday, May 18, 2010

JUDI BOLA YANG DILULUSKAN OLEH UMNO-BN

Mantan wakil rakyat Umno desak batal judi bola


Mei 18, 10 5:36pm

Pertubuhan Mantan Wakil Rakyat Umno (PAKKU) mendesak kerajaan membatalkan serta merta lesen perjudian bola untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 yang akan berlangsung awal bulan depan.

Keputusan itu dibuat pada mesyuarat dewan tertinggi pertubuhan itu yang dipengerusikan presiden Tan Sri Adam Abdul Kadir dan dihadiri beberapa anggota lain antaranya bekas menteri pertanian Tan Sri Sanusi Junid dan bekas menteri kebudayaan, kesenian dan pelancongan Tan Sri Sabbaruddin Chik, kata naib presiden Tamrin Ghafar dalam kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.

Berjaya Corp dilaporan telah menerima kembali lesen perjudian sukan.

Pada 6 Mei, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata kerajaan mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen berkenaan bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.

-- Bernama

Komen :
 
Batalkanlah judi bola ini. Malaysia sudah banyak menyediakan pelbagai jenis judi. Kalaulah alasan membenarkan judi bola ini bagi memudahkan "kawalan" maka tidak mustahillah tidak lama lagi kerajaan UMNO/BN akan menghalalkan pelacuran yang diberi lesen demi memudahkan kawalan. TAKUTLAH BALA DARI ALLAH NANTI YANG AKAN MENIMPA SEMUA ORANG.

No comments:

Post a Comment