Monday, February 22, 2010

APA SUDAH JADI DENGAN SISTEM PELAJARAN KITA .......

Setiap Pelajar Wajib Sertai satu Jenis Sukan Mulai Tahun Depan - Muhyiddin 
 
BANDAR JENGKA: Semua pelajar sekolah rendah dan menengah akan diwajibkan menyertai satu jenis sukan mulai tahun depan, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata sebuah jawatankuasa sementara juga akan ditubuhkan bagi mengkaji untuk memberikan kredit kepada pelajar yang menyertai sukan.
Kajian untuk memberikan kredit atau markah kepada pelajar yang terbabit sukan adalah bagi mengubah persepsi ibu bapa yang sebelum ini melihat aktiviti sukan tidak memberi makna, sebaliknya lebih menekankan pencapaian akademik anak-anak mereka, katanya.
"Efektif tahun depan, tahun ini kita akan buat apa yang patut dahulu, sebab pihak sekolah perlu menyusun kembali jadual sedia ada," katanya kepada pemberita selepas merasmikan penutupan Konvensyen Umno Pahang di sini, hari ini.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran menjelaskan sebenarnya penyertaan pelajar dalam sukan telah diwajibkan dalam kokurikulum sebelum ini cuma tidak diberikan penekanan.
"Kita mahu terapkan nilai sukan di sekolah, dan mengembalikan sekolah sebagai institusi utama untuk melahirkan bakat-bakat sukan di peringkat akar umbi".
Beliau berkata kajian juga akan dilakukan bagi membolehkan aktiviti sukan di sekolah dijalankan sepanjang tahun bagi menyemarakkan budaya bersukan dan tidak hanya bertumpu pada tiga bulan pertama sesi persekolahan sepertimana sekarang.
Semalam, Muhyiddin berkata Jawatankuasa Kabinet Mengenai Sukan telah menggariskan lima unsur penting untuk mengembalikan kegemilangan sekolah dalam menghasilkan bakat-bakat sukan.
Turut hadir isteri beliau, Puan Sri Noraini Ab Rahman dan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob. - BERNAMA

Komen ringkas :

Sejak Muhyiddin menjadi Menteri Pelajaran macam-macam benda yang diistiharkan yang setengahnya tidak relevan lansung dengan pelajar, misalnya pelajar SPM tidak boleh ambil lebih  drpd 12 mata pelajaran, ini menimbulkan masalah kepada pelajar aliran agama sains tulin. 

Ini pula mewajibkan satu jenis sukan keatas pelajar mulai tahun hadapan untuk menghasilkan bakat-bakat sukan .Cukup ke fasiliti dan tenaga guru untuk melatih ' bakat sukan ini '. Kalau sekarang ini banyak peruntukan Kementerian Pelajaran yang dipotong , bagaimana kerajaan mendapatkan belanja untuk menambah  kemudahan sukan di sekolah bagi menampung kegiatan sukan bagi semua pelajar (rendah dan menengah ). Nampaknya Menteri Pelajaran ini membuat sesuatu rancangan seolah-olah tidak melalui R&D. Berasa nak  buat ...... buat. Apa nak jadi ni.

Tuesday, February 16, 2010

BEGINIKAH PEMEGANG AMANAH MENJALANKAN TUGAS ?

SPRM jumpa RM2j, Setiausaha Politik Nor Mohamed letak jawatan



Hasbie Satar


KUALA LUMPUR: Setiausaha Politik Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Hasbie Satar, meletakkan jawatannya berkuat kuasa, Ahad lalu.

Kenyataan satu perenggan yang dikeluarkan pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, semalam bagaimanapun tidak menyatakan sebab Hasbie meletak jawatan.

Difahamkan, peletakan jawatan Hasbie mempunyai kaitan dengan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadapnya kerana didakwa memiliki sejumlah besar aset yang tidak dapat diisytiharkan perolehannya, termasuk kereta mewah serta beberapa rumah.

SPRM juga dilaporkan membekukan beberapa aset dan akaun bank miliknya bagi membantu siasatan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram.

Hasbie dikatakan ditahan Khamis lalu selepas serbuan SPRM pada jam 3.30 petang di sebuah unit kediaman di Pangsapuri Sri Molek, Teluk Air Tawar, Pulau Pinang, menemui wang tunai yang diikat mengikut nilai RM5, RM10, RM50 dan RM100 berjumlah kira-kira RM2 juta.
Selain itu, sebuah kenderaan pacuan empat roda didaftar di bawah sebuah syarikat yang beroperasi di Pulau Tikus, Pulau Pinang dan sebuah kereta mewah turut disita.





KOMEN SIKIT:

Mewahnya kamu , juta-juta mu sapu. Ini baru setiausaha politik , orang atas pada setiausaha politik dok tahulah. Itu baru wang tunai , dalam bank dok tahu lagi.

MENGAPA DISALAHKAN CUACA PANAS ?

 
Keadaan 28 buah gerabak kereta api barang dipercayai dari Padang Besar ke Butterworth tergelincir 
di Kilometer 58.35 berdekatan Kampung Guar Stesen petang semalam
 
Landasan Bengkok Akibat Cuaca Panas Punca 28 Gerabak KTMB Tergelincir 
 
GURUN: Landasan mengembang dan tidak sejajar akibat cuaca panas terik menjadi punca 28 gerabak kereta api barang tergelincir di KM58.75 berdekatan Stesen Kampung Guar, Guar Chempedak, dekat, sini, semalam.
Presiden Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Dr Aminuddin Adnan, berkata siasatan awal di tempat kejadian mendapati rel besi landasan mengembang dan bengkok akibat cuaca panas.
Kerja-kerja baikpulih dijangka siap petang ini dan jadual perkhidmatan keretaa api penumpang dan barang akan kembali beropreasi seperti biasa, katanya kepada pemberita ketika meninjau kerja baikpulih landasan dan mengangkat gerabak yang terbalik dekat sini hari ini.
Dalam kejadian jam 4.48 petang semalam, kereta api tersebut membawa muatan barang berasaskan getah dan sedang dalam perjalanan dari Padang Besar ke Butterworth.- BERNAMA

Mengapa disalahkan cuaca panas :

Tidak adakah pasukan pemantau KTM untuk meninjau landasan keretapi. Sehingga menyalahkan cuaca yang panas .Sepatutnya skuad itu perlu untuk memantau semua landasan keretapi demi keselamatam nyawa dan barang.Janganlah disalahkan  cuaca panas, ini sebenarnya adalah kecuaian manusia. Pihak pengurusan tidak tahu ke bahawa bila cuaca panas akan menyebabkan besi mengembang. Perkara ini sudah sedia diketahui sejak zaman purba lagi. Mengapa tidak diambil tindakan awal.

2. Mengapa kawasan terbabit sahaja yang bengkok landasannya , adakah kawasan lain tidak terdedah dengan cuaca panas. Adalah pelik jika kawasan itu sahaja yang landasannya bengkok, kawasan lain tidak bengkok.

3. Alasan yang diberi adalah tersangat mudah , gerabak tergelincir kerana cuaca panas , mengapakah perkara ini tidak ditangani lebih awal , kerana cuaca panas sudah menjadi kebiasaan di Malaysia. Adalah menghairankan bilamana gerobak keluar landasan maka diberilah alasan cuaca panas.

Cadangan :
Saya mencadangkan supaya KTM menubuhkan pasukan atau skuad yang memantau kedaan landasan keeretapi sebelum sesebuah keretapi melalui satu-satu kawasan , terutamanya bila keretapi itu membawa manusia dan barang-barang yang berharga.
Biarlah skuad ini terlebih dahulu melalui landasan sebelum keretapi yang memuatkan manusia/ barangan melaluinya. Barulah saya rasa kita dapat menyelamatkan 'nyawa dan barangan kita'


Walau bagaimana pun , taqdir Allah mengatasi segala-galanya.

Monday, February 08, 2010

09022010 - SELASA

Sekadar  Mengasah Minda
Selasa 9/2/2010 adalah hari penentuan sama ada Nizar atau Zambry merupakan MB yang sah bagi Perak. Semua orang tertunggu keputusan Mahkamah Persekutuan. Macam -macam tekaaan dan ramalan , ada pemerhati politik kata Nizar akan menang , ada orang kata Zambry akan menang. 

Jadi begitulah keadaan sebelum 9/2/2010. Suasana penuh dengan teka teki. Nak kata Zambry menang, mengapa begitu lama Mahkamah Persekutuan ' menyimpan keputusan '. Nak kata Nizar menang keputusan mahkamah tak keluar lagi.

Bagi saya , saya akan mengatakan Zambry akan diistiharkan sebagai pemenang dalam game ini. Mana mungkin Nizar akan menang, kalau sistem kehakiman sudah tidak menyebelahi kebenaran, kerana  banyak kes mahkamah yang berkait dengan UBN berakhir dengan 'UBN' menang.Demi UBN semua nya tidak mustahil berlaku.

Tetapi walaupun begitu , saya beranggapan bahawa dari segi hujah perundangan saya berkeyakinan Nizar mempunyai alasan dan eviden yang kuat. Kekuatan hujah peguan Nizar ini adalah diukur dari masa yang lama yang diambil oleh  Mahkamah Persekutuan untuk mengistiharkan keputusannya. Sekiranya hujah Zambry kuat , maka sudah tentu awal-awal lagi mahkamah akan mengistiharkan Zambry menang. Tetapi mengapa keputusan mahkamah tertangguh begitu lama. Ini menunjukan bahawa Zambry tidak ada kekuatan hujah perundangan.

Walupun pasukan Zambry kurang hujah perundangan atau hujah  tidak kuat , tetapi demi ........................
maka ZAMBRY akan diistiharkan MB yang sah bagi Perak Darul Ridwan. 

Begitulah mimpi saya semalam. 

MIMPI  SAJA .

Saturday, February 06, 2010

PERJUANGAN

Berjuang ertinya berkorban
Berkorban maknanya kehilangan yang disayang
Benda apa yang disayang,
maka habis digunakan untuk perjuangan
Itulah erti perjuangan yang sebenarnya.
Ada umur , digunakan untuk perjuangan
Ada kesihatan , digunakan untuk berjuang
Ada harta habis dipakai untuk mendapatkan kecintaan.
Dalam Islam inilah hakikat berkorban dan berjuang

Kalau masih sayang tinggalkan keluarga
Kalau masih teragak untuk membantu perjuangan
Kalau masih terfikir-fikir untuk berjuang
Maka hakikatnya engkau masih belum jadi pejuang sejati.
Engkau masih memikirkan diri sendiri
Engkau masih berkempentingan diri
Jauh sekali dari berjuang untuk mati.

Orang berjuang  mesti  rela dicaci
Dengan kata yang menyakitkan hati
Orang berjuang mesti sabar
kerana medan perjuangan medan cabaran
Orang yang sabar dan ikhlas sahaja yang kekal di medan PERJUANGAN


mohdaminhamid