Tuesday, November 16, 2010

APA KHABAR JALAN YAHYA AHMAD DUNGUN .... SUDAH SIAP KE BELUM ?

Jalan Yahya Ahmad Dungun sudah  dinaikan taraf kepada jalan empat lorong. Tetapi sehingga sekarang jalan tersebut seperti pekan koboi sahaja. Jalan ini  telah dimulakan lebih dua tahun lalu. Tetapi hingga sekarang jalan tersebut masih belum siap, walaupun jaraknya tidak sampai 2 kilometer.

Bilakah ia akan siap? Para peniaga telah kehilangan pendapatan . Dibawah ini foto yang menunjukan keadaan tersebut :








Sudah lebih dari dua tahun jalan  ini tak siap-siap( panjang tak sampai 2 kilometer ) bukankah ini satu perkara yang sangat pelik . Adakah jalan ini termasuk dalam senarai projek OKU( orang  kuat umno ) ?

Friday, November 12, 2010

CUCU KETIGA - AHMAD MALIKI SIRI KEDUA

Gambar kenangan cucuku yang ketiga - Ahmad Maliki untuk tatapan ayah dan ibunya yang jauh di mata.













Thursday, November 11, 2010

CUCU KETIGA - AHMAD MALIKI

Alhamdulillah aku mendapat cucu yang ketiga pada 17 September 2010. Ibubapa cucu yang ketiga ini berkhidmat di Sarawak sebagi pendidik. Di bawah ini beberapa keping foto terbaru yang diambil pada 11/11/2010. Foto ini adalah untuk tatapan ibubapanya yang berada diseberang lautan, semoga terubatlah sedikit kerinduan.