Monday, June 21, 2010

USTAZ ASRI ZAINAL ABIDIN - BANYAK ILMU LAMBAT BUAT KEPUTUSAN

Yang berbahagia bekas Mufti Perlis Us. Asri menjadi ikon yang diharapkan oleh sebahagian kecil orang umno untuk ditarik masuk bergelumang dengan UMNO. Dengan harapan kemasukan Asri bagi orang UMNO itu akan dapat memulihkan imej UMNO dikalangan orang Islam Melayu di Malaysia.

Ustaz Asri pula banyak berteka-teki , nak masuk umno atau nak masuk PAS. Muktamar PAS baru ni , beliau hadir, dalam blognya baru-baru ini sekali lagi beliau menimbulkan kontroversi , orang UMNO kata Asri akan masuk UMNO.

Bagi saya mengapa ustaz lambat sangat buat keputusan , ustaz banyak ilmu, banyak pengalaman, tidak sepatutnya dilambat-lambatkan keputusan. Saya penyokong PAS tulin, kalau ustaz masuk umnopun , saya tidak rasa apa-apa, sebab bila ustaz lambat buat keputusan itu sebenarnya Ustaz berminat menyertai UMNO. Apa lagi , masuk UMNOlah ustaz. Adakah ustaz nak baiki umno dari dalam macam bro. Anuar dulu ke ?

Ustaz masuk PAS , Pas tidak boleh bagi apa-apa kepada ustaz, masuk UMNO , banyak benda yang ustaz dapat.

Saturday, June 05, 2010

MASALAH DISIPLIN DI SEKOLAH DAN AKHLAK BELIA

Selalu kita mendengar bagaimana sekolah menyelesaikan masalah disiplin pelajarnya dengan cara :
1. Menukarkannya kepada sekolah lain
2. Memberhentikan pelajar itu dari sekolah
3. Tidak ambil apa-apa tindakan terhadap pelajar terbabit.

Itulah diantara tindakan atau denda yang dikenakan kepada pelajar terbabit.Apa yang saya ingin lontarkan kepada saudara semua ialah adakah tindakan yang dikenakan itu berjaya mendisiplinkan pelajar tersebut? Soalan ini timbul ialah kerana apa yang kita lihat hari ini  keadaan belia kita sangat teruk akhlaknya. Bacalah akhbar , setiap hari ada saja berita mengenai perangai dan akhlak buruk yang dipaparkan di akhbar. Sekiranya tindakan yang diambil disekolah itu berkesan , maka saya rasa sebahagian belia-belia kita tidaklah tidaklah berkelakuan seperti sekarang.

Pihak sekolah mesti mempunyai cara lain untuk mendisiplinkan pelajarnya. Kalau tidak produk sekolah yang seperti ini akan terus menjadi beban dan masalah kepada masyarakat bila mereka menjadi ahli masayarakat nanti.