Saturday, June 05, 2010

MASALAH DISIPLIN DI SEKOLAH DAN AKHLAK BELIA

Selalu kita mendengar bagaimana sekolah menyelesaikan masalah disiplin pelajarnya dengan cara :
1. Menukarkannya kepada sekolah lain
2. Memberhentikan pelajar itu dari sekolah
3. Tidak ambil apa-apa tindakan terhadap pelajar terbabit.

Itulah diantara tindakan atau denda yang dikenakan kepada pelajar terbabit.Apa yang saya ingin lontarkan kepada saudara semua ialah adakah tindakan yang dikenakan itu berjaya mendisiplinkan pelajar tersebut? Soalan ini timbul ialah kerana apa yang kita lihat hari ini  keadaan belia kita sangat teruk akhlaknya. Bacalah akhbar , setiap hari ada saja berita mengenai perangai dan akhlak buruk yang dipaparkan di akhbar. Sekiranya tindakan yang diambil disekolah itu berkesan , maka saya rasa sebahagian belia-belia kita tidaklah tidaklah berkelakuan seperti sekarang.

Pihak sekolah mesti mempunyai cara lain untuk mendisiplinkan pelajarnya. Kalau tidak produk sekolah yang seperti ini akan terus menjadi beban dan masalah kepada masyarakat bila mereka menjadi ahli masayarakat nanti.

No comments:

Post a Comment