Monday, January 31, 2011

UCAPAN TERIMA KASIH CALON PAS N05 - CIKGU MALA (DUN TENANG )


 
Terima kasih diucapkan kepada semua petugas-petugas, ADUN-ADUN, Ahli Parlimen Pakatan Rakyat,  pembaca setia blog ini, pengikut blog ini, blogger-blogger dan media yang membuat liputan dari hari penamaan calon hingga ke hari ini iaitu hari pembuangan undi. 

Jasa dan pengorbanan anda semua hanya Tuhan sahaja yang dapat membalasnya. Teruskan berjuang dan berkhidmat untuk Islam demi menegakkan kebenaran dan menghalang kebatilan dari berkuasa di atas muka bumi ini.

Terima kasih juga diucapkan kepada yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam memastikan kemenangan Islam. Disebalik kita mencari kemenangan ada hujan rahmat yang membasahi bumi Tenang sehinggakan seluruh kawasan Tenang telah digenangi air dalam mengharungi banjir. Kehadiran hujan menguji ketabahan petugas-petugas sehinggakan basah kuyup namun tetap tidak berganjak dalam memberikan servis yang terbaik.

Jangan kita berputus asa dalam berusaha sebelum kita mendapat kejayaan dan jika kita berjaya jangan dilupa pengorbanan mereka dibelakang yang banyak memberikan sokongan tidak kira waktu, hari dan perjalanan hidup ini. Kejayaan bukan milik individu sebaliknya milik jamaah yang mantap. Teruskan berjuang untuk Pilihan Raya Kecil di DUN Merlimau N.27 yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Sekian dari kami sekeluarga.
on Sunday, January 30, 2011

Monday, January 24, 2011

ZIARAH SEMPENA TAHUN BARU CINA - 1

Hari ini (24.1.2011- Isnin ) YB ADUN Sura Ustaz Wan Hasan Mohd Ramli telah menziarahi komuniti Cina yang tinggal di Kuala Dungun , Sg. Penaga dan Jalan LimTeck Wan. Dalam lawatan tersebut beliau telah membahagikan limau dan angpaw . Sambutan masyarakat Cina sangatlah menggalakkan.

Di bawah ini adalah beberapa keping foto sempena lawatan tersebut.






























Wednesday, January 05, 2011

TERIMAKASIH BN

BAGUS KERAJAAN BN. MINYAK NAIK LAGI. GEMBIRANYA  SAYA HARI INI. SEMAKIN MINYAK NAIK SEMAKIN SAYA SAYANG BN. NAIKLAH. NAIKLAH ........ NAIKLAH. PILIHANRAYA KE 13 NANTI SAYA AKAN KEMPEN SUPAYA SEMUA ORANG PANGKAH BN. SEMAKIN BARANG NAIK SEMAKIN ORANG SOKONG BN. TAHNIAH , BUKANKAH BN MAKNANYA BARANG NAIK.