Wednesday, January 27, 2010

SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI - Terengganu tidak ada SBT

Di bawah ini senarai SBT yang diumumkan oleh TPM kelmarin.


SEKOLAH TERPILIH SBT

Sekolah Berasrama Penuh:
  • Sekolah Tun Fatimah (Johor Bahru)
  • Sekolah Dato’ Abdul Razak (Seremban)
  • Kolej Melayu Kuala Kangsar
  • Sekolah Seri Puteri (Cyberjaya)
  • Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (Jitra)
  • Kolej Tunku Kurshiah (Seremban)
  • Kolej Islam Sultan Alam Shah (Klang)
  • Sekolah Menengah Sains (SMS) Tuanku Syed Putra (Perlis)
  • Sekolah Sultan Alam Shah (Putrajaya)
  • SMS Muzaffar Syah (Melaka)
Sekolah Menengah Harian:
  • Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (P) Sri Aman (Petaling Jaya)
  • SMK Aminuddin Baki (Kuala Lumpur)
  • SMK Sultanah Asma (Alor Setar)
  • SMK (P) St George (Pulau Pinang)
Sekolah Rendah:
  • Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bintang Utara (KL)
  • SK Taman Tun Dr Ismail 1 (Kuala Lumpur)
  • SK Bukit Damansara (KL)
  • SK Zainab (2) (Kota Bharu)
  • SK Convent Kota (Taiping)
  • SK Bandar Baru Uda 2 (Johor Bahru)
Dari senarai nama sekolah di atas jelas menunjukan bahawa sekolah-sekolah  negeri Terengganu tidak terpilih sebagai SBT. Sekoman-koman Kelantan , ada juga sebuah yang bertitles SBT. Kalau kita ikuti kenyataan pembesar-pembesar kerajaan Terengganu dan  Jabatan Pelajaran Terengganu , maka tergambarlah kehebatan sekolah-sekolah di Terengganu , tidak ada negeri lain di Malaysia yang boleh menandingan Terengganu dalam UPSR dan PMR.  Bagaimana perkara ini boleh berlaku.  Belanja kerajaan Terengganu untuk pendidikan setiap tahun berjuta-juta , tapi masih tidak ada SBT , Kelantan yang tidak seperti Terengganu ada sekolah SBT.

Nampaknya JPN dengan kerajaan negeri Terengganu mestilah berbuat sesuatu. Sekiranya diumumkan pada  peringkat yang kedua nanti sekolah SBT dari Terengganu masih tidak ada mendapat taraf SBT maka malulah. Sekurang-kurangnya sekolah Imtiyaz - Sekolah Ulul Albab.

Tuesday, January 26, 2010

MANUSIA

Perasaan ada pada manusia
Perasaan tiada pada pepohon
Hati dan jiwa ada pada manusia
Perasaan tiada pada sebahagian besar haiwan
Tetapi semuanya itu makhluk  hidup
Yang hidupnya tidak sama
Hidupnya cara masing-masing
Manusia secara fizikalnya tak boleh jadi binatang
Binatang tidak boleh hidup macam tumbuhan
Tumbuhan dengan cara tumbuhan
Haiwan dengan cara haiwan
Manusia dengan kehidupannya yang berlainan
Manusia ada perasaan
Manusia ada pemikiran
Manusia ada ruang bicara
Manusia ada tolak ansur dalam perbincangan
Manusia berbudaya
Manusia boleh memerintah sekuasanya
Manusia boleh menguasai dalam bidangnya.
Tetapi manusia tidak boleh mengatasi Yang Maha Berkuasa

mohdamin hamid
26/1/2010

Saturday, January 23, 2010

CUCUKU SUDAH MANTAP BERJALAN

Umur cucuku sudah hampir dua tahun. Berjalan sudah mantap tetapi "cakap dok butir " lagi. Sekadar beberapa keping gambar untuk ingatan.



 

 

 

 

Apa pendapat anda. Terima  kasih.

Thursday, January 14, 2010

DUNIA YANG MENGENEPIKAN TUHAN

Dunia yang indah
kehidupan yang mempesona
setengahnya menghilangkan susah sementara
sebahagian menghilangkan lara dalam jiwa
Dunia yang penuh dengan ghairah dan mengasyikkan
Sebahagian besar penghuninya terpedaya dengannya
Dunia menjadikannya gila dan lupa
Keasyikan yang palsu menjadikan ia tertipu
Setengahnya dia tahu tetapi keyakinannya tidak menghunjam
Dia juga jadi hanyut bersama gelora nafsu dunia
Hilang pertimbangan iman
Hilang keyakinan ketuhanan
Hilang ingatan tentang pembalasan
Maka gelora nafsunya membuak dek syaitan
Dunia tempat beramal untuk akhirat telah lenyap dalam ingatan
Syaitan dan nafsunya menjadi ikutan
Iman dan Islam hilang dari pertimbangan.
Dosa dan pahala tidak difikirkan
Inilah dunia yang hilang neraca keimanan.
Inilah dunia yang mengenepikan Tuhan.
Maka tunggulah pembalasan.

mohd amin hamid
14/01/10

Sunday, January 10, 2010

SIAPAKAH YANG BERTANGGUNGJAWAB DALAM PERISTIWA YANG MENYAYAT HATI INI

Wanita bakar diri tak tahan anak liar

NIBONG TEBAL: Seorang ibu tujuh anak membakar diri dengan mencurah petrol ke badan dipercayai kecewa dengan anak perempuannya berusia 15 tahun yang didakwa degil dan sering tidak pulang ke rumah.

Dalam kejadian di depan rumah mangsa di Jalan Hutan Lipur, jam 12.30 tengah malam itu, Rossliana Rosli, 33, yang bekerja sebagai pembantu kedai makan melecur 54 peratus badannya dari dahi hingga pusat.

Wanita yang tertekan dengan kelakuan anak perempuannya menjadi bualan penduduk nekad membakar diri disaksikan anak keempat, Mohd Shahrul Aidil, 11, dan beberapa keluarganya.

Mangsa dikejarkan ke Hospital Sungai Bakap, dekat sini sebelum dipindahkan Hospital Pulau Pinang dan dirujuk ke Unit Kebakaran Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Star, Kedah.

Suaminya, Marzuki Jamaluddin, 39, bekerja sebagai pengawal keselamatan dan mereka mempunyai anak berusia antara dua hingga 17 tahun.

Keluarga itu adalah penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Sebelum kejadian, Rossliana ke rumah ibunya, Hasnah Omar, 52, kerana anak perempuannya, Nur Hidayah, tidur di situ selepas merajuk ditampar beberapa hari lalu kerana tidak mendengar nasihat serta enggan belajar.

Mohd Shahrul yang tidur di rumah bapa saudaranya ketika kejadian, berkata apabila Rossliana memanggil Nur Hidayah supaya keluar dari rumah, lampu rumah itu terus dipadamkan menyebabkan ibunya hilang sabar.

Rossliana masuk ke rumah adiknya yang terletak bersebelahan lalu mengambil petrol dan menyalakan lilin sebelum keluar dan mencurahkan petrol ke badannya sambil mengugut untuk melakukan apa saja jika anaknya tidak keluar.

“Ibu juga memberi amaran jangan menghampirinya jika tidak mahu terbakar bersama-sama,” kata Mohd Shahrul yang memberanikan diri menepis lilin dipegang ibunya sehingga terjatuh dan padam sebelum wanita itu masuk semula ke rumah adik iparnya untuk menyalakan lilin dan terus membakar dirinya.
“Saya minta Pak Su (bapa saudara) menutup pintu bagi menghalang ibu masuk (untuk nyalakan lilin) tetapi tak sempat,” katanya.

Ahli keluarga wanita berkenaan dengan bantuan penduduk berjaya memadamkan api sebelum membawa mangsa ke hospital.

Ketua Polis Daerah Seberang Prai Selatan, Superintendan Shafien Mamat, mengesahkan polis menerima laporan dan siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan untuk mengenal pasti punca kejadian, termasuk mengambil keterangan anak mangsa.

Katanya, kejadian berlaku ketika mangsa bercakap untuk melepaskan perasaan terhadap masalah yang dihadapi seorang anaknya yang degil dan tidak mahu mendengar nasihat serta kerap tidak pulang ke rumah.

 ( Sumber Berita Harian 10/1/2010 )

RENUNGAN:
1. Saya mengucapkan takziah kepada keluarga Marzuki Jamaludin.
2. Saya harap saudara bersabar dan kembalilah kepada Allah.
3. Melihat kepada kejadian yang sungguh menyayat hati ini  saya menjadi sangat pilu dan hiba sehingga saya terfikir beberapa perkara , di antaranya ialah :

a. Mengapakah anak menjadi seperti ini. Sehingga tidak mendengar kata ibu.
b. Mengapa seorang ibu sanggup mengambil keputusan sedahsyat itu seolah-olah putus hubungan dengan Allah
c. Apakah peranan keluarga dalam membantu Rossliana Rosli untuk mengatasi masalah anaknya itu.
d. Adakah ini manifestasi daripada pengaruh media massa yang telah merasuki hati ibu dan anak keluarga ini.
e. Nampaknya  orang Melayu di Malaysia ini telah mulai jauh dari ajaran Islam. Banyak kejadian diakhir-akhir ini yang menggambar keadaan tersebut.

Kejadia-kejadian seperti ini sangat menggerunkan saya. Bagaimanakah nasib anak cucu kita pada masa hadapan. Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Friday, January 08, 2010

Sdra. Cina Islam , harap maaf ,gambar diambil tanpa kebenaran.

08 Januari 2010


Gambar DS. Nizar kemalangan.


22 Muharram 1431


DS. Nizar ditemani oleh pembantu peribadinya, Sdr. Amran Harun(bersongkok) masih boleh senyum dan melambaikan tangannya semasa sampai di Hospital Tuanku Bainun kelmarin. Beliau selamat dan cuma mengalami luka ringan dalam satu kemalangan pada jam 9.30 pagi kelmarin di Ipoh.











KLINIK SATU MALAYSIA

Beberapa fakta Klinik Satu Malaysia( K1M ) berdasarkan ucapan perasmian oleh PM Najib Razak :
1. 50 buah K1M akan dibuka seluruh Malaysia dengan belanja RM10 juta.
2. K1M akan memberi khidmat pemeriksaan tekanan darah dan pemeriksaan gula dalam darah sahaja/penyakit ringan.
3. Pesakit akhirnya akan dirujuk kepada klinik swasta untuk rawatan lanjut - pendapat klinik swasta tidak akan terjejas.
4. K1M hanya dibuat di bandar-bandar sahaja.
5. Bayaran yang dikenakan ialah RM 1 sahaja. - (Sepatutnya percuma)
6. Pembantu kesihatan dan seorang jururawat akan merawat penyakit yang datang - doktor sebagai pemantau.

Nampaknya ciri di atas adalah lebih kurang sama saja dengan klinik biasa. Jadi apa yang luar biasanya K1M ini ?

Jelasnya yang luarbiasa ialah namanya sahaja iaitu  Klinik 1 Malaysia. Itu sahaja.

Tuesday, January 05, 2010

PENDIRIAN PAS MENGENAI PERKATAAN ALLAH


 Sidang media selepas mesyuarat Lajnah Politik PAS Pusat semalam. 
Kelihatan dalam gambar ialah dari kanan 
Pn. Nuridah Salleh, Us.Idris Ahmad ,Dato Mustapha Ali dan Sdra. Salhudin Ayub

Berikut adalah kenyataan media  oleh PAS mengenai penggunaan perkataan ALLAH dalam mesyuarat Lajnah Politiknya semalam . Inilah kenyataan akhbar berkenaan.

PAS sebagai sebuah parti Islam amat menghormati prinsip kebebasan beragama sepertimana yang ditekankan oleh Islam kerana manusia tidak boleh dipaksa untuk menerima mana-mana agama, melainkan ia merupakan pilihan sendiri. Prinsip kebebasan beragama ini juga telah dimaktub dalam perkara 11
Perlembagaan Persekutuan.

Walaupun demikian, dalam kontak masyarakat di Malaysia, suasana dan keadaan setempat perlu diambil kira di atas kepentingan awam bagi memelihara keharmonian berbagai kaum dan agama. Setiap warganegara Malaysia wajib memelihara suasana dan keadaan ini.

PAS ingin menjelaskan bahawa berdasarkan kepada kaedah Islam, penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenar untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi.

Walau bagaimanapun, penggunaan kalimah Allah secara salah dan tidak bertanggungjawab mestilah dielakkan supaya ianya tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama dalam negara ini.

PAS memberikan peringatan kepada semua pihak supaya tidak menyalahgunakan perkataan Allah bagi mengelirukan atau menjadikan politik murahan untuk mendapat sokongan rakyat.

Al-Quran telah menyarankan cara yang betul menggunakan perkataan Allah, sebagaimana yang dinyatakan dalam Surah al-Imran ayat 64 yang bermaksud: Katakanlah hai ahli kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan dia, dengan sesuatupun dan tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sesama manusia seperti pemimpin dan sebagainya, sebagai tuhan selain Alllah.

PAS dengan tegasnya ingin menolak sebarang bentuk tindakan agresif dan provokatif jahat yang boleh menggugat keharmonian dan mencetuskan ketegangan masyarakat.

PAS dengan segala rasa penuh tanggungjawab bersedia untuk menjelaskan isu ini kepada semua pihak bagi mewujudkan suasana yang harmoni berdasarkan kepada prinsip keadilan sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan dan dijamin oleh Islam.

Sunday, January 03, 2010

BUKAN SALAH NAJIB
Tajuk muka depan akhbar Sinar Harian hari ini ialah klik disini. 
Daripada kenyataan bekas PM ini ,gamaknya  siapakah yang bersalah. PM sebelum ini ialah Tun Abdullah Ahmad Badawi dan sebelum itu ialah Mahathir Mohamed. Jadi siapakah yang dimaksudkan oleh Mahathir ini. Adakah Mahathir nak kata dia yang bersalah ,sangat  tidak logik. Jadi yang bersalah nampaknya dari kenyataan Mahathir ini ialah Pak Loh Badawi. Betul ke ? Aku sendiripun tidak tahu.

Apa -apapun Tun Abdullah Badawi mesti membuat kenyataan, sama ada betul atau tidak, bahawa dia yang bersalah mengikut mata Mahathir yang menyebabkan berlakunya kegawatan dalam BN sekarang. Nampaknya Tun Abdullah Badawi mesti membersihkan namanya daripada kenyataan Mahathir tersebut. Jawab , jangan tak  jawab.

Arang telah dicorengkan oleh Mahathir  kemuka Tun Abdullah Badawi . Oleh kerana itu kenyataan pembersihan oleh beliau sangat-sangat mustahak dan perlu.

Friday, January 01, 2010

MASA YANG BERLALU

Masa yang berlalu
Adalah paling jauh dari kehidupan kita
perginya ia tidak bisa kembali
walau apapun usaha ianya terus menjauh kita darinya
Itulah masa yang berlalu
Ia hanya menjadi kenangan dan sejarah
Itulah masa yang berlalu.
Hidup mesti diuruskan terus
Dengan ikhtiar dan usaha yang berguna
Kerana jika masa telah terlepas ianya tidak bermakna lagi
Peluang yang datang hendaklah disambar dengan bijaksana
Untuk sesuatu yang berfaedah untuk dunia
Untuk sesuatu yang bermakna selepas hidup di dunia
Kehidupan dan kematian sebenarnya bersama

MOHDAMINHAMID
1/1/10

SAAT ITU PASTI TIBA

Bukan mengata tetapi menyata
bukan menyata sahaja tetapi 'real'
2010 sudah tiba
menandakan usia bertambah tua
alam kanak ke alam remaja
Dari remaja ke alam dewasa
Alam dewasa ke alam tua
Alam tua ke alam barzah
Segala amalan harapkan berkah
Pahala diharap dosa dihindar
Takut dan harap tersemat difikiran
takut dan bimbang amalan tertolak
Harap Allah terima semua ibadat
Itulah saja yang tolong kita diakhirat nanti
Selain Rahmat Allah yang sangat dikehendakki
Yang pasti tiba ialah MATI
Kedatangannya adalah misteri
Yang sah dan nyata
Saat itu pasti tiba

MOHDAMINHAMID 1/1/10