Friday, January 20, 2012

Tuesday, January 10, 2012

TIDAK BERSALAH: Datuk Seri Anwar melambaikan tangan ke arah para penyokongnya selepas dibebaskan mahkamah daripada pertuduhan liwat yang dikenakan ke atasnya. -- Foto AFP
Mudah cetak
E-mel

10 Jan 2012

LUAR NEGARA

Anwar dibebaskan daripada tuduhan liwat bekas pembantu

Oleh
Darwis Said
Dari Kuala Lumpur: KETUA pembangkang Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam didapati tidak bersalah dan dibebaskan daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya, Encik Mohd Saiful Bukhari Azlan, tiga tahun lalu. Dalam keputusan ringkasnya, Hakim Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah, berkata keputusan tersebut dibuat berdasarkan atas alasan tiada keterangan kukuh yang boleh menyokong dakwaan pihak pengadu kes. Datuk Seri Anwar, 64 tahun, didakwa meliwat Encik Mohd Saiful, di sebuah kondominium di Damansara pada Jun 2008 dan beliau boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan. Ketua umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu, bagaimanapun, menafikan dengan keras dakwaan tersebut dan menyifatkannya sebagai satu 'konspirasi politik'. 'Selepas menelaah hujahan pembela dan bukti-bukti sepenuhnya, pihak mahkamah tidak dapat memastikan 100 peratus bahawa bukti DNA tidak diusik. Adalah tidak selamat untuk hanya bergantung kepada bukti DNA. Tidak ada sokongan (ke atas kes),' jelas Datuk Mohd Zabidin. 'Tanpa bukti lain, selain keterangan SP1 (Mohd Saiful) tentang adanya penembusan... (maka) mahkamah keberatan untuk mendakwa berdasarkan bukti Mohd Saiful. 'Oleh itu, pihak tertuduh dibebaskan.' Keputusan tersebut disambut dengan laungan 'Allahuakbar' dan linangan air mata di kalangan para pemimpin kanan parti pembangkang dan anggota keluarga tertuduh yang datang memberikan sokongan padu kepada Datuk Seri Anwar dan memenuhi kamar mahkamah yang penuh sesak itu. Sekitar 7,000 penyokong Datuk Seri Anwar, dengan sesetengah daripada mereka telah berada di kawasan meletak kereta yang dikhaskan oleh pasukan polis di luar mahkamah sejak 4 pagi lagi, turut bersorak dalam keadaan hujan sambil melaungkan slogan, 'Hidup rakyat. Hidup! Hidup!' dan 'Reformasi' apabila mendengar khabar tentang keputusan hakim itu. Semasa dikerumuni para wartawan setempat dan antarabangsa di luar mahkamah bagi mendapatkan ulasannya, Datuk Seri Anwar berkata beliau dibebaskan oleh mahkamah kerana tidak bersalah. 'Alhamdulillah, keadilan sudah terbukti, ia satu kejutan yang menyenangkan. Sekarang kita perlu beri tumpuan kepada pilihan raya umum,' kata beliau, sebelum berangkat bersama rombongan penyokongnya untuk mengerjakan solat syukur di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, di depan kompleks mahkamah itu. Encik Mohd Saiful, dalam akaun Twitternya, pula berkata beliau akan terus tenang, berdoa dan sabar menerima keputusan itu. 'Tidak di dunia, namun di (padang) mahsyar (akhirat) pasti. (Saya) reda dengan ketentuan-Nya. Akan terus tenang, doa, istiqamah dan sabar. Illahi Antal Maksudi Wa Ridhoka Mathlubi (Ya Allah engkaulah matlamatku dan aku mencari keredaan-Mu),' katanya. Encik Mohd Saiful tidak hadir semasa mahkamah membuat keputusan itu. Kerajaan Malaysia, dalam kenyataannya semalam, berkata pembebasan Datuk Seri Anwar yang memeranjatkan itu adalah bukti bahawa mahkamah-mahkamah di negara itu adalah bebas daripada manipulasi politik. 'Malaysia mempunyai kehakiman bebas dan keputusan ini membuktikan bahawa kerajaan tidak mempengaruhi keputusan hakim,' lapor agensi berita AFP, yang memetik Menteri Penerangan Malaysia, Datuk Seri Rais Yatim, sebagai berkata.  Sementara itu, tiga letupan kecil berlaku di luar kompleks mahkamah Jalan Duta sejurus selepas keputusan kes dibacakan, mencederakan lima orang.- Berita Harian Singapura

Anwar bebas
Oleh Norhashimah Mohd Radzali
norhashimah@bharian.com.my
2012/01/10

pix_gal0
Mahkamah tak dapat pastikan 100 peratus sampel DNA Mohd Saiful tidak terusik

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini, semalam daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, empat tahun lalu.
Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah yang hanya mengambil masa kurang tiga minit untuk membacakan penghakimannya berkata, beliau mendapati tiada bukti kukuh untuk menyokong keterangan Mohd Saiful, 27.
Penghakiman hari ini (semalam) membersihkan kerajaan secara keseluruhannya daripada tuduhan tidak berasas kononnya ada campur tangan politik dan konspirasi terhadap Ketua Pembangkang. - Datuk Seri Najib Razak, Perdana Menteri
“Selepas meneliti keterangan saksi dan hujahan kedua-dua pihak, mahkamah tidak dapat memastikan 100 peratus bahawa integriti sampel DNA yang diambil daripada Mohd Saiful, tidak terusik.

“Disebabkan itu, adalah tidak selamat untuk bergantung semata-mata kepada keterangan DNA, selain tiada keterangan lain untuk menyokong keterangan saksi pendakwa pertama (Mohd Saiful),” katanya yang mula membaca penghakiman pada jam 9.20 pagi.

Mohamad Zabidin berkata, dalam kes jenayah seksual, mahkamah keberatan untuk mensabitkan tertuduh dengan hanya bergantung kepada keterangan Mohd Saiful.

“Sehubungan itu, mahkamah memerintahkan supaya tertuduh dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan itu,” katanya.
Anwar, 65, yang memakai kemeja biru dan seluar hitam kelihatan tersenyum sebaik hakim selesai membacakan keputusan dalam mahkamah yang penuh sesak. Beliau kemudian keluar kandang tertuduh dan dikerumuni anggota keluarga, pemimpin parti pembangkang dan penyokongnya.

Pihak pendakwaan yang diketuai Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusuf Zainal Abiden, yang ditemui selepas keputusan itu, berkata pihaknya belum memutuskan sama ada akan membuat rayuan terhadap keputusan berkenaan, bagaimanapun mereka mempunyai masa 14 hari untuk berbuat demikian.

Sebelum itu, Anwar, yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta jam 8.30 pagi dan memasuki mahkamah kira-kira 15 minit kemudian bersama isteri, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan semua anaknya termasuk Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah. Ribuan penyokongnya turut berhimpun di luar mahkamah untuk mengetahui keputusan itu.

Anwar dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan meliwat Mohd Saiful di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara di sini, antara jam 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Beliau yang mengaku tidak bersalah, didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabitan kesalahan.

Perbicaraan kes liwat itu yang mendapat tumpuan meluas media dan orang ramai, bermula pada 3 Februari 2010 dengan pihak pendakwaan memanggil 27 saksi dan empat saksi menyangkal, manakala lapan saksi pembelaan dipanggil termasuk Anwar yang memberikan keterangan daripada kandang tertuduh.

Keputusan semalam, amat dinantikan selepas hampir dua tahun setengah perbicaraan kes liwat itu berjalan selepas tertangguh lebih 60 kali akibat pelbagai permohonan sampingan dan rayuan dibuat pasukan peguam Anwar, termasuk ke Mahkamah Rayuan dan Persekutuan.

Ini adalah tuduhan liwat kedua dihadapi Anwar. Beliau pernah dituduh meliwat pemandunya, Azizan Abu Bakar, pada 1998.

Bagi tuduhan berkenaan, Anwar disabitkan bersalah dan dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Tinggi, bagaimanapun selepas rayuan Mahkamah Persekutuan menolak sabitan dan mengetepikan hukuman penjara serta membebaskan Anwar.

Turut hadir mengikuti prosiding semalam, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim; Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Sasterawan Negara, A Samad Said dan bekas Menteri Penerangan dan Pelancongan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir.

snin Januari 9, 2012
Keputusan Kes Anwar: Apa Kata Dr M
PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan, apa yang telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada pagi Isnin berhubung kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya membuktikan satu perkara iaitu tidak pernah wujud sebarang konspirasi untuk memenjarakan Anwar sama ada dahulu mahu pun sekarang.
“Segala-galanya tentang teori konspirasi ini hanyalah pandangan serong Anwar bahawa dia akan disabitkan dengan kesalahan untuk membuat dia hidup sengsara.
“Tetapi keputusan mahkamah hari ini (Isnin) adalah bukti bahawa tidak wujud sebarang konspirasi sebelum atau sekarang untuk mengenakannya,” kata Dr Mahathir.
Dr Mahathir juga berkata, sebelum ini pun kerajaan pernah kalah dalam beberapa kes di mahkamah termasuklah Umno diharamkan oleh mahkamah.
Ini, kata Dr Mahathir menunjukkan di Malaysia, sistem kehakiman negara adalah bebas dan berkecuali dan tidak ada mana-mana pihak termasuklah kerajaan mahupun pembangkang boleh campur tangan,” katanya lagi.
Keputusan Kes Anwar : Apa Kata Najib
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin berkata keputusan mahkamah yang membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan liwat telah dapat membersihkan sama sekali kerajaan daripada tuduhan tidak berasas berhubung campur tangan dan konspirasi kerajaan.
"Keputusan hari ini sekali lagi menunjukkan bahawa di sebalik apa yang telah didakwa, sistem kehakiman Malaysia adalah sebuah institusi bebas di mana baik politik mahupun ahli politik tidak mempunyai sebarang pengaruh berhubung pelaksanaan keadilan," katanya.
Najib berkata, ini sebaliknya mengukuhkan pemisahan kuasa yang jelas bagi setiap cabang institusi dan begitu juga cabang lain tidak campur tangan dalam urusan cabang yang lain.
"Sebagai ketua cabang eksekutif, saya hormati keputusan cabang lain dalam kerajaan, badan kehakiman," kata Perdana Menteri dalam satu kenyataan yang dikeluarkan sebaik kepulangan beliau hari ini daripada lawatan rasmi dua hari ke Afrika Selatan.
Mahkamah Tinggi pagi Isnin telah melepaskan dan membebaskan Anwar atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, pada 2008.
Najib berkata, kes ini dibawa oleh seorang individu persendirian dan adalah penting tuduhan beliau itu didengar di mahkamah.
"Jauh daripada menjadi satu perbicaraan bermotifkan politik, ia telah menjadi satu gangguan yang tidak dialu-alukan daripada hal yang lebih penting untuk mentadbir negara kita demi kepentingan rakyat Malaysia," katanya.
Ini merupakan tuduhan meliwat yang kedua dihadapi Anwar. Pada 8 Ogos 2000, dia disabitkan dan dihukum penjara sembilan tahun selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi kerana meliwat pemandunya, Azizan Abu Bakar.
Bagaimanapun, empat tahun kemudian, dia dibebaskan selepas Mahkamah Persekutuan dalam keputusan majoriti 2-1, mengubah sabitan itu dan mengetepikan hukuman penjara.
Abdul Khalid Nasihat Hasan Ali Lepas Jawatan Exco Secara Sukarela

PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menasihatkan Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr Hasan Ali supaya melepaskan jawatan itu secara sukarela.
Beliau dalam satu kenyataan pada Isnin berkata, kerajaan negeri menghormati keputusan PAS memecat Hasan.
Abdul Khalid mendapat nasihat daripada Pejabat Penasihat Undang-Undang Kerajaan Negeri berkenaan status Hasan sebagai Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (Exco). Pejabat Penasihat Undang-Undang Kerajaan Negeri telah menasihatkan bahawa Abdul Khalid mempunyai kuasa untuk menggugurkan Hasan sebagai ahli Exco kerana beliau tidak lagi mewakili Pas dalam kerajaan negeri Pakatan Rakyat.
Namun Abdul Khalid menyeru supaya Hasan melepaskan jawatannya secara sukarela kerana adalah amat jelas beliau tidak lagi mewakili Pas.
"Saya berpendapat beliau sebagai seorang 'gentleman' perlu melepaskan jawatan ahli Exco secara sukarela kerana ini adalah untuk kebaikan beliau sendiri dan mereka yang terlibat," katanya.
Dalam pada itu, Pejabat Penasihat Undang-undang Negeri juga berpandangan bahawa meskipun perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah diperlukan dalam pelantikan ahli Exco, namun perkenan Sultan tidak diperlukan untuk pelucutan atau pengguguran jawatan itu.
Abdul Khalid akan mengadap Sultan Sharafuddin pada Jumaat ini untuk memberi taklimat kepada baginda berhubung perkembangan terbaru dan berbincang mengenai calon-calon penganti yang sesuai bagi jawatan Exco.

Monday, January 09, 2012