Saturday, October 31, 2009

PUSPAKOM OH PUSPAKOM

Mulai tahun hadapan ( 2 bulan lagi ) semua kenderaan penumpang 15 tahun ke atas dimestikan  pemeriksaan puspakom untuk meghidupkan cukai jalan .Ini adalah satu perkara baru. Bagi pihak yang melaksanakan syarat ini ,ia akan memberi alasan-alasan , diantaranya ialah untuk keselamatan penumpang.

Satu perkara yang terbayang dikepala rakyat sekarang ialah pemeriksaan di puspakom akan menambahkan belanja ,kerana pemeriksaan ini sudah tentu dikenakan bayaran.Dan yang kedua ianya pasti akan menjadikan kerja-kerja di puspakom akan bertambah .Adakah ini dapat ditampong oleh puspakom.

Kesimpulannya :
  1. Belanja rakyat akan bertambah
  2. Tenaga dan masa banyak terbuang  di puspakom
  3. Mengurangkan pendapatan rakyat
  4. Keselamatan penumpang belum tentu lagi selamat selepas pemeriksaan di puspakom.
  5. Bertambahnya ruang penyelewengan , sekiranya tidak dipantau betul-betul.
  6. Sepatutnya kerajaan memberi kesenangan kepada rakyat , bukannya semakin menyusahkan rakyat.

Friday, October 30, 2009

PENGALAMAN 1

MASA KECIL

Kehidupan sebenarnya adalah himpunan pengalaman, himpunan perasaan dan himpunan amalan . Dari kecil kita mengumpulkan pengalaman sama ada kita ingat atau tidak ingat
Peristiwa yang palin jelas dalam ingatan saya ialah semasa ayah saya mati dilanggar oleh Bas Losong. Ketika itu ayahku dalam perjalanan pulang setelah seharian bekerja di sebuah rumah di Pulau Rusa.
Semasa itu aku sedang bermain dengan rakan sebaya di rumah jiran ( Pok Li ).Umur aku ketika itu lebih kurang 5 tahun.
Aku lihat ibu dan kakak aku berlari menuju ke jalan raya dalam keadaan  menangis terisak-isak. Aku terus mengikuti dari belakang mereka. Sesampai di rumah Ayahsu Cik Mukhtar(Pak Saudara ku ) aku lihat orang sudah ramai diatas rumah.
Bila aku naik ke atas rumah, aku terpandang ayahku terbujur dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Ayahku dilanggar oleh bas ketika berbasikal sambil berpayung.
Tetapi apa yang manakjubkan aku ialah ayahku tidak luka walaupun sedikit. Hanya bunga tayar saja yang berbekas di atas dadanya. Allah Maha Berkuasa.

Itulah peristiwa yang sangat kuingat sehingga sekarang.

GAMBAR HARI KELUARGA PAS DUN SURA

ANDA ADALAH KELUARGA KAMI
24 Oktober 2009
Sabtu
Surau Haji Bidin Sura Gate

Urusetia membuat persiapan pada malam 23/10/2009


Petugas sibuk mengatur meja kerusi pada pagi 24/10/2009

Majlis Perasmian : Dari kiri : Hj Hanafiah , YB Wan Hasan , Pengerusi Majlis

Tenaga Penggerak Utama Hari Keluarga DUN Sura - Sdra Zakaria

Pendaftaran peserta sedang berjalan.

Masak sedap-sedap , Pertandingan masak mi - Ganas tukang masak niii.


Pegang kotak apa tu...

Rilek nampak .... Tak bertanding ke?

Pertandingan apa pulak nii ... bersungguh nampak.



Sakit tidak menghalang aktif dalam berbakti.

Koyok apa pulak dua beradik nii..

Nok ator sirih duana tu......

Ngail ikan apa atas darat ni........ ikan kertas ke ....

Harap hari ini tidak akan turun hujan sehingga majlis tamat


Terima kasih , alhamdulillah ... boleh juga hadiah.