Saturday, October 31, 2009

PUSPAKOM OH PUSPAKOM

Mulai tahun hadapan ( 2 bulan lagi ) semua kenderaan penumpang 15 tahun ke atas dimestikan  pemeriksaan puspakom untuk meghidupkan cukai jalan .Ini adalah satu perkara baru. Bagi pihak yang melaksanakan syarat ini ,ia akan memberi alasan-alasan , diantaranya ialah untuk keselamatan penumpang.

Satu perkara yang terbayang dikepala rakyat sekarang ialah pemeriksaan di puspakom akan menambahkan belanja ,kerana pemeriksaan ini sudah tentu dikenakan bayaran.Dan yang kedua ianya pasti akan menjadikan kerja-kerja di puspakom akan bertambah .Adakah ini dapat ditampong oleh puspakom.

Kesimpulannya :
  1. Belanja rakyat akan bertambah
  2. Tenaga dan masa banyak terbuang  di puspakom
  3. Mengurangkan pendapatan rakyat
  4. Keselamatan penumpang belum tentu lagi selamat selepas pemeriksaan di puspakom.
  5. Bertambahnya ruang penyelewengan , sekiranya tidak dipantau betul-betul.
  6. Sepatutnya kerajaan memberi kesenangan kepada rakyat , bukannya semakin menyusahkan rakyat.

No comments:

Post a Comment