Friday, October 30, 2009

PENGALAMAN 1

MASA KECIL

Kehidupan sebenarnya adalah himpunan pengalaman, himpunan perasaan dan himpunan amalan . Dari kecil kita mengumpulkan pengalaman sama ada kita ingat atau tidak ingat
Peristiwa yang palin jelas dalam ingatan saya ialah semasa ayah saya mati dilanggar oleh Bas Losong. Ketika itu ayahku dalam perjalanan pulang setelah seharian bekerja di sebuah rumah di Pulau Rusa.
Semasa itu aku sedang bermain dengan rakan sebaya di rumah jiran ( Pok Li ).Umur aku ketika itu lebih kurang 5 tahun.
Aku lihat ibu dan kakak aku berlari menuju ke jalan raya dalam keadaan  menangis terisak-isak. Aku terus mengikuti dari belakang mereka. Sesampai di rumah Ayahsu Cik Mukhtar(Pak Saudara ku ) aku lihat orang sudah ramai diatas rumah.
Bila aku naik ke atas rumah, aku terpandang ayahku terbujur dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Ayahku dilanggar oleh bas ketika berbasikal sambil berpayung.
Tetapi apa yang manakjubkan aku ialah ayahku tidak luka walaupun sedikit. Hanya bunga tayar saja yang berbekas di atas dadanya. Allah Maha Berkuasa.

Itulah peristiwa yang sangat kuingat sehingga sekarang.

No comments:

Post a Comment