Saturday, November 28, 2009

MAJLIS QURBAN SURAU KUBUR KG. MOLEK DUNGUN

Majlis Qurban Surau Kubur Kg. Molek telah diadakan di markas Kg. Molek . Majlis bermula pukul 8.00 pagi . Sebanyak 8 ekor lembu telah disembelih pada hari tersebut.Tukang sembelih ialah Tuan Haji Wan Sufian Ismail, bekas Imam Masjid Tengku Intah Zaharah Dungun.
Majlis Qurban telah selesai pada kira-kira pukul 12.15 tengah hari. Di bawah ini lekatkan beberapa keping gambar sempena hari tersebut.


 
 Di antara lembu yang di qurbankan.

  
 Usaha untuk merebahkan lembu untuk disembelih.

  
 Lembu telah diikat dan bersedia untuk disembelih.

  
Tukang sembelih Haji Wan Sufian sedang menggorok leher lembu.

  
 Pisau telah diangkat. Sembelihan telah sempurna.

  
 Proses melapah kulit lembu oleh peserta qurban.

  
 Sebahagian besar lembu telah dilapah.

  
 Mneyempurnakan proses lapah.

  
 Lapah hampir selesai.

  
 Mengerat bahagian-bahagian yang perlu dikerat.

  

  
 Di antara lembu lain yang ditumbangkan.

  
 Sementara lembu dilapah dan menunggu pembahagian daging , perserta Majlis Qurban berehat.

  
 Di antara pengunjung majlis Qurban 1430 H Surau Kubur Kg. Molek Dungun Terengganu.



No comments:

Post a Comment