Sunday, November 01, 2009

SEKOLAH SATU ALIRAN

Malaysia telah merdeka lebih dari 50 tahun. Macam-macam kejadian telah berlaku di negara kita. Ada yang berfaedah dan ada yang tidak berfaedah kepada rakyat. Dari segi pembangunan fizikal nampaknya kita tidaklah ketinggalan sangat, tidaklah terkebawah.
Masyarakat yang bebilang kaum di Malaysia sebagaimana yang kita ketahui telah mengalami berbagai pengalaman dan kepahitan. Kita pernah mengalami keadaan huruhara semasa dan selepas pilihanraya 1969 pada tarikh 13 Mei,.Dalam peristiwa ini pergaduhan kaum berlaku secara terbuka dan diketahui oleh orang ramai.

Macam-macam usaha telah dilakukan.Macam-macam saluran telah digunakan untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum. Macam-macam pendekatan telah dibuat.Tetapi hasilnya masih tidak membanggakan, walaupun tidak gagal 100 %. Usha yang berterusan mesti dilakukan.Dengan sebab itulah gamaknya ada pihak yang mencadangkan sekolah satu aliran.

Sekolah satu aliran adalah bermaksud semua murid akan diajar dalam satu bahasa pengantar , iaitu bahasa Melayu. Adapun bahasa yang lain menjadi bahasa kedua . Inilah sebabnya MCA dan MIC membantah sekolah satu aliran. Dengan perlaksanaan sekolah satu aliran ini menjadikan bahasa lain menjadi bahasa sampingan sahaja. Jadi bagaimana untuk merealisasikan sekolah satu aliran. Mengikut PM Najib perkara ini hendaklah ditentukan oleh rakyat. Rakyat setuju baru buat. Jadi kayu ukur yang boleh digunakan untuk mengethui rakyat setuju atau tidak. Perlukah kerajaan membuat refrendum rakyat bagi maksud ini ?

Dok tahulah. Bagi saya tidak perlu  sekolah satu aliran , teruskan dengan sistem sekolah yang sedia ada , cuma pendekatan dan pengisian perlu diberi perhatian. Penekanan kepada ajaran Islam yang benar adalah  penting. Apa yang berlaku sekarang ialah rasa curiga mencurigai masih kuat bersarang dalam benak kaum masing. SAMPAI BILAKAH PERPADUAN SEJATI AKAN WUJUD DIBUMI MALAYSIA TERCINTA INI. Kadang-kadang saya sendiri memikirkan bahawa tidak berjayanya perpaduan rakyat di negara kita adalah disebabkan oleh Kerajaan sendiri. Depan orang Melayu bercakap lain , depan masyarakat bukan Melayu cakap lain. Lalu sampai bila daaaaaaaa !!!!!!!

No comments:

Post a Comment