Thursday, December 03, 2009

MANGSA BANJIR GELOMBANG KE 3 DI SK BANDAR DUNGUN DIZIARAHI YB DUN SURA US. WAN HASAN MOHD RAMLI

Hari ini ( 3/12/2009- Khamis ) lebih kurang pukul 5.38 petang ADUN Sura YB Us. Haji Wan Hasan Mohd Ramli dan JK MTD Sura telah menziarahi 27 keluarga yang terpaksa pindah kerana banjir air hujan yang ditempatkan di SK Bandar Dungun.

Dalam ziarah tersebut ADUN Sura telah menyampai sedikit makanan kepada mangsa banjir sebagai tanda simpati dan ukhuwah Islamiah. Kebanyakan mangsa banjir adalah dari Sungai Buaya, Teluk Lipat, Sura Gate ,Batu 48, Jalan Lembah , Kg. Molek dan beberapa buah kampong yang berdekatan.

Mangsa-mangsa banjir telah ditempatkan dalam beberapa buah bilik darjah  mengikut kampung. Foto di bawah ini menggambarkan ziarah tersebut.


 Di antara mangsa banjir yang diziarahi oleh YB Us. Wan Hasa Mohd Ramli
 
Anak-anak mangsa banjir disantuni oleh seorang AJK Muslimat

 
ADUN Sura sedang mendengar aduan salah seorang mangsa banjir





ADUN Sura YB Us. Haji Wan Hasan sedang 
menyampaikan sumbangan sebagai tanda ingat kepada mangsa banjir.

Sumbangan ADUN Sura kepada sebahagian mangsa banjir.


YB Wan Hasan sedang memperkatakan sesuatu kepada 
salah seorang mangsa banjir (baju merah )


Mangsa perpindahan banjir sedang mendengar nasihat daripada YB ADUN Sura

Sekian.



No comments:

Post a Comment