Monday, November 23, 2009

BANDAR DUNGUN JADI TASIK

Hujan yang lebat beberapa hari dari 19/11/2009 hingga sekarang(23/11/2009) dan masih berterusan telah mengakibatkan sebahagian bandar Dungun menjadi tasik. Ini adalah kerana air yang banyak tidak dapat ditampungi oleh sistem longkang yang gagal menyalirkan air ke dalamnya. Benteng longkang yang dibuat telah menghalang air dari kawasan sekitarnya untuk terus masuk ke dalam longkang. Walaupun ada lubang ke dalam longkang ,tetapi  tidak padan untuk menerima air yang banyak disekitarnya.

Akibat daripada sistem longkang yang tidak dibuat dengan perancangan yang rapi , maka penduduk dan pekadai di bandar ini menerima akibat. Musim kemarau , longkang yang dibuat nampak molek , tetapi bila hujan lebat datang ianya tidak dapat menolong mengelakkan banjir.Kawasan dulunya tidak banjir , sekarang banjir. Apa makna ini semua.

Jalan depan Hospital Dungun terpaksa ditutup 22/11/2009 kerana dipenuhi air. Longkang ada , tetapi banjir. Inilah gamaknya di panggil 'longkang pak pandir'

Deretan kedai depan Shell Dungun ( bersebelahan surau Tok Guru Hj. Bidin ) ditenggelami air. Ada longkang tetapi air
tersekat dibentengnya. Apa sudah jadi. Taraf perbandaran diberi ke Dungun pada tahun lepas semakin menyusah banyak pihak. Tidak hujan tak apa.Tetapi bila hujan bandar banjir. Nampaknya Majlis Perbandaran Dungun hanya merancang untuk dilihat cantik tetapi faktor air bertakung tidak diambil kira.

Jalan di tepi Pantai Teluk Lipat sekali lagi menjadi mangsa. Usaha membentengi ombak dengan menggunakan guni pasir nampaknya tidak berjaya. Majlis Perbandaran Dungun dan JPS  mestilah memikirkan semula untuk membina lagi benteng pemecah ombak untuk mengelakkan hakisan Pantai Teluk Lipat.

Di bawah ini beberapa keping gambar bandar Dungun yang banjir dan Pantai Teluk Lipat .


Seorang pekedai sedang membersih sampah di hadapan kedainya di Sura Gate


  
Air bertakung dihadapan kedai di Sura Gate pada 23/11/2009


  
 Jalan Pantai Teluk Lipat dipenuhi batu-batu yang dibawa oleh ombak.Kawasan ini adalah kawasan yang bisa diadakan pertandingan memancing. Gambar ini diambil pada 6.40 pagi 23/11/2009


No comments:

Post a Comment