Telah terjadi baru berhati
Sudah berlaku baru peraku
Telah kena baru tahu
Masa yang berlalu
Menuntut perhatian dan ingatan
Jangan berulang dimasa mendatang
Fikir dan ingat
Lambat dan bangat
Kejadian tersembunyi akan terlihat
Waktu itu , malu kalau jahat
Ingat kebenaran akan tersingkap
Tidak di dunia pasti di akhirat.
Apalah hidup kalau untuk maksiat
Kerana kita tak lama di dunia berbanding di akhirat
Tempat abadi ialah selepas mati
Sama ada tak suka dia datang juga
Apatah lagi jika tak suka kita tak dapat lari.
Mati dan pembalasan adalah pasti
Bersedialah untuk mati
Kerana mati , datangnya tidak diketahui.
No comments:
Post a Comment