Wednesday, November 11, 2009

PENGAJARAN BUAT DIRI YANG MENZIARAHI KEMATIAN

Ziarah kematian

Kelmarin (10/11/2009) aku menziarahi kematian seorang yang aku kenali dan bersama dalam jamaah. Beberapa pengajaran dapat dicungkil:

1. Kedatangan mati tidak dapat ditentukan. Memang kita tidak dapat tahu.

2. Mati bukan untuk orang sakit yang terlantar, atau orang tua  sahaja , mati adalah untuk semua orang. Tak kira muda atau tua , budak atau dewasa , orang miskin atau kaya. Mati adalah untuk semua makhluk .

3.Hubungan yang baik semasa hidup adalah penting untuk kelicinan pengebumian arwah. Hubungan yang baik termasuklah dengan jiran-jiran.

4. Peranan sahabat dan jiran dalam mengurus pengebumian adalah sangat penting terutamanya jika keluarga arwah tidak ada anak lelaki yang besar atau ada anak lelaki tetapi tidak berfungsi dengan baik , atau anak-anak yang berada jauh dari arwah.Sahabatlah menjadi pilihan untuk menguruskan janazah.

5. Allah Maha Mengetahui maka sesuatu kejadian itu ada hikmah dan pengajaranya.Terimalah taqdir yang menimpa  kita dengan ikhlas. Bersabar.

6. Bila mati seseorang maka putuslah semua perkara. Dunia sudah tiada baginya (arwah ) . Orang hiduplah yang menguruskan janazahnya.

7. Bagaimana pula diriku. Siapa pula yang akan urus janazahku nanti bila tiba masanya ! anakku atau sahabatku. Atau tidak akan diurus oleh mana-mana orang. Aku tidak tahu. Ini adalah sekadar renungan untuk diri ini yang sentiasa lupa kepada ALLAH.

Sekian. Sekadar renungan untuk diri aku .

No comments:

Post a Comment