Friday, November 13, 2009

PERJALANAN KE JENGKA TIGA

Pukul 7.20 pagi tadi (13/11/2009) Jumaat kami bertolak ke Jengka Tiga. Rombongan kami terdiri dari Cikgu Alias Harun , En. Ali , Cikgu Wan Hapandi dan Mohd Amin.

Sejak pagi lagi hujan turun dengan lebatnya , terutamanya apabila kami mula memasukki Pahang melalui jalan lama.

Kami melalui jalan lama ke Jengka Tiga.

Perjalanan kami adalah dengan kereta toyota unser Cikgu Alias. Walaupun hujan perjalanan kami tidaklah terjejas. Kami singgah di warung berdekatan dengan Masjid Maran. Dok ingat nama. Kami makan meehoon sup dengan laicikang.

Kami meneruskan perjalanan untuk menjejaki rumah Tuan Zaleha. Alhamdulillah , kami singgah di satu simpang masuk ke fasa pertama Jengka Tiga. Kami menayai 2 orang wanita di situ , dia tidak kenal dengan orang yang kami cari , tetapi dia cadangkan kepada kami supaya bertanya kepada kakitangan koperasi Jengka Tiga. Daripada maklumat yang diberikan oleh kakitangan koperasi tersebutlahlah akhirnya kami berjaya menemui rumah Tuan Zaleha.

Sesampai dirumah tersebut , kami berjumpa dengan menatu perempuan Tuan Zaleha. Kamudian kami diperkenalkan dengan anak nya yang bernama Raja Zamani. Orangnya baik dan peramah. Kami menceritakan tujuan kami oleh Cikgu Wan Hapandi. Tuan Zaleha ke Kuala Lumpur untuk dirawat di Hospital Kuala Lumpur. Layanan Raja Zamani kepada kami sangat mesra. Terima kasih.



Dari kiri : En. Ali, Cikgu Wan Hapandi , Raja Zamani dan En. Alias Harun di hadapan Rumah Tuan Zaleha

Kami selesai berbincang kirakira pukul 11.45 pagi. Kami meninggalkan Raja Zamani danterus memulakan perjalanan pulang. Kami singgah di Masjid Maran yang terletak di atas bukit untuk solat Jumaat.



Bergambar kenangan di hadapan Masjid Maran



Bahagian hadapan Masjid Maran Pahang

Kami bertolak dari Masjid Maran ke Dungun pada pukul 2.30 petang . Kami makan nasi gulai kawah di hujung Jambatan Geliga Kemaman. Boleh tahan gulai kawahnya.



Semoga Allah memberkati usaha kami ini untuk mandapatkan  2 ekar tanah di Batu Tiong untuk disatukan dengan tanah yang sedia ada ( diberikan oleh isteri Che Ali ) yang juga seluas dua ekar untuk didirikan sekolah menengah. Insya Allah. 

No comments:

Post a Comment