Thursday, July 22, 2010

SAYA BERSETUJU DENGAN PANDANGAN ROSLI MAT HASAN

1. Dalam Sinar Harian hari ini ( 22/7/2010 T2) Ketua umno Dungun menyatakan penyatuan umno-PAS tidak akan berlaku dan membuang masa sahaja. Perkara ini saya sangat setuju. Tak perlulah berusaha untuk menyatukan PAS umno atas dasar Melayu. PAS sebagai parti Islam tidak akan layan punya. Buat habis beras je.
2. Kalau kita ikuti usaha perpaduan umno-PAS ini adalah dimulai oleh umno atau penyokong umno. Bukan dimulai oleh PAS. Saya nasihatkan kepada umno supaya lupakanlah saja usaha perpaduan ini, kalau sekiranya usaha perpaduan ini berasaskan  MELAYU.
3. Beberapa kenyataan Rosli yang sangat tidak tepat adalah seperti berikut :

a) Kenyataan Rosli : Rosli mengakui pemimpin seperti Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Matserta pemimimpin lain yang jumud dan berfikiran sempit akan mengagalkan penyatuan parti.
Komen saya : Pemimpin PAS tidak jumud dan sempit pandangan sebagaimana kata Rosli tersebut. Yang jumud dan sempit fikiran bagi saya ialah sebahagian pemimpin UMNO termasuk Rosli. Sempit dan jumud mereka ini adalah kerana dasar perjuangan yang sempit iaitu untuk memperjuangkan Melayu. Berjuang atas dasar Melayu tidak akan sampai kemana pun. Bila mati sahaja seseorang Melayu itu , maka Malaikat tidak melhat kepada Melayu nya , tetapi melihat kepada ISLAM nya. Luas nya perjuangan menegakkan Islam ini dari dunia hingga akhirat.

b) Kenyataan Rosli : Perubahan PAS juga jelas apabila pihak tersebut tidak bersetuju dengan langkah Umno terlibat dengan Perikatan suatu ketika dulu mengambil jalan bergabung bersama pakatan pembangkang terutama kerjasama dengan DAP yang jelas tidak bersetuju dengan penubuhan Negara Islam yang menjadi dasar PAS ketitika ini.
Komen saya : Sdra. Rosli kena baca sejarah penubuhan PAS, kenyataan saudara sangat tidak tepat dan banyak fakta salah. Bagi saya apa salahnya PAS berbaik dengan DAP yang kononnya bukan Islam bahkan menolak nagara Islam. Sedangkan UMNO yang mengaku Islam pun tidak bersetuju untuk melaksanakan Negara Islam. PAS berbaik dengan bukan Islam adalah dalam rangka untuk memberi gambaran sebenar Islam kepada mereka. Berdakwah.

BERSATU HENDAKLAH DI ATAS ASAS ISLAM BUKAN ATAS ASAS MELAYU.

No comments:

Post a Comment