Friday, July 16, 2010

TAHNIAH KEPADA PENGUNDI BN

Bebarapa " rasionalisasi " terhadap kenaikan harga minyak / gas dan gula


1. Penarikan subsidi akan menyebabkan kerajaan dapat menjimatkan wang negara lebih daripada RM700 juta.

2. Wang yang dijimatkan itu akan digunakan untuk rakyat. Sebab rakyat didahulukan. Semakin senanglah rakyat Malaysia nanti. Projek apalah untuk faedah rakyat , atau untuk faedah kroni ?

3. Rakyat Malaysia akan lebih sihat kerana tidak makan gula. Kadar kencing manis dikalangan rakyat Malaysia turun menjunam. Jangan kedaroh gula. KALU NAK JADIKAN RAKYAT SIHAT MAKA BARANG-BARANG LAINPUN KENA NAIKAN JUGA HARGANYA. TENTUNYA RAKYAT BERTAMBAH-TAMBAH SIHAT. Rakyat didahulukanlah katakan ..........

4. Rakyat akan bertambah sihat lagi kerana 'tidak makan banyak' . Banyak memasak akan meyebabkan banyak  gas memasak  digunakan. Jimatkan penggunaan gas memasak. Pakai kayu api lagi baik.RAKYAT DIDAHULUKAN.

5. Rakyat Malaysia dinasihatkan jangan  makan angin dengan kereta atau kenderaan yang menggunakan petrol. Kerajaan mencadangkan supaya rakyat jelata mesti 'berjalan kaki sahaja " atau 'Naik basikal' kerana dengan cara demikian RAKYAT SEMAKIN SIHAT kerana sentiasa riadhah. Rakyat didahulukanlah .

6. Kalu beri subsidi , akan menyebabkan subsidi itu akan mengalir juga kepada orang asing, jadi,  kerana orang asing maka subsidi DARI KERAJAAN  hendaklah ditarik.Rakyat didahulukan untuk bayar lebih. Siapa yang membenarkan orang asing yang ramai tinggal di Malaysia sekarang ini. Adakah rakyat yang hendak sangat kepada orang asing ini ?
RAKYAT DIDAHULUKAN.

7. Banyak lagi rasional lain . Terimalah sahaja . Jangan banyak komen. TAHNIAH PENYOKONG UBN. KERANAMU HARGA BARANG NAIK. Adakah penyokong UBN tidak bayar lebih ? PENYOKONG PEMBANGKANG SAHAJA YANG KENA BAYAR LEBIH. PENYOKONG DIUTAMAKAN KE ?
Lantak engkaulah. TUNGGU PRU 13.

No comments:

Post a Comment